Categories: BeritaSukan Motor

Pelumba Moto2 Malaysia Hafizh Syahrin mungkin bersara?

HAFIZH SYAHRIN MENIMBULKAN SOALAN TENTANG KERJAYANYA SELEPAS MEMUAT NAIK POS YANG TIDAK JELAS MAKNANYA DI INSTAGRAM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah telah menimbulkan tanda tanya mengenai kerjayanya setelah memuat naik pos Instagram yang tidak jelas maknanya. Pelumba Malaysia ini mempunyai baki tiga perlumbaan untuk musim ini.

Pelumba berusia 27 tahun memuat naik Instastory yang menunjuk perjalanan kerjayanya dalam pertandingan berprestij dunia sejak 2014. 

“Lapan tahun kenangan pahit dan manis di Kejuaraan Dunia,” tulisnya dalam pos gambar.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong saya di sini dan membantu saya selama ini.

“Saya tidak akan melupakan anda semua, yang mana baik saya ambil, yang buruk saya lupa. Perkara baru (sesuatu yang baru) Saya akan memberitahu anda bila tiba masanya. Anda semua yang terbaik, terima kasih semua.”

Related Post

Hafizh, yang sertai pasukan NTS RW Racing GP musim ini, selesai GP US di tangga ke-20 selepas bermula dari kedudukan ke-27.

Dikenali sebagai ‘El Pescao’, Hafizh lengkap 18 pusingan perlumbaan di Circuit Of The Americas (COTA) dengan rekod 39 minit 50,179 saat semalam.

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Raul Fernandez memenangi perlumbaan dengan catatan 39: 10.521s sementara Fabio Di Giannantonio (Federal Oil Gresini Moto2) di tempat kedua, 39: 12.255s.

Melengkapkan pentas podium adalah Marco Bezzecchi dari SKY Racing Team VR46 pada 39’13.621s.

Selepas berlumba di Amerika Syarikat, Hafizh kini berada di tangga ke-28 keseluruhan dalam carta pelumba Moto2 dengan lapan mata.

Penamat terbaiknya adalah di GP Itali yang menyaksikannya tamat perlumbaan di tempat kesembilan pada Mei lalu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah