Categories: Sukan Motor

SBK – FIM mengenakan Ducati dengan had ligatan rendah

PADA PERLUMBAAN HUJUNG MINGGU DI ASSEN, DUCATI PANIGALE V4 R AKAN BERLUMBA DENGAN RPM LEBIH RENDAH MANAKALA HONDA AKAN MENDAPAT PENAMBAHAN SEBANYAK 500 RPM.

Alvaro Baustista

 

Seperti yang dijangkakan, Ducati akan hilang beberapa kelebihan yang mereka miliki atas pesaing mereka dalam kejohanan World Superbike. FIM mengumumkan bahawa bermula pusingan hujung minggu ini di Assen, Ducati Panigale V4 R akan dikenakan dengan had ligatan yang lebih rendah yang akan membawa superbike Itali ini ke maksimum 16.100 rpm.

Keputusan hebat yang dicapai oleh Alvaro Bautista, sembilan kemenangan daripada sembilan perlumbaan, adalah satu indikasi bahawa FIM akan mengenakan Ducati dengan had ligatan rendah menurut peraturan teknikal baru yang diwujudkan pada musim lepas. Dengan pusingan seterus World Superbike di Motorland Aragon, penunggang Ducati yang lain seperti Chaz Davies dan Eugene Laverty juga telah menunjukkan prestasi yang hebat dan ia hampir mustahil untuk melepasi had ligatan rendah.

Jadi kesemua motosikal Ducati telah kehilangan sebanyak 250 rpm berbanding dengan had asal yang telah ditetapkan pada permulaan musim dan akan terhad kepada 16.100 rpm, namun enjin pada motosikal Ducati masih dibenarkan untuk mencapai rev yang ditetapkan di kejuaraan World Superbike.

Related Post

Honda akan mendapat faedah besar, kerana FIM mengumumkan mereka akan memberi 500 rpm tambahan untuk CBR1000RR Fireblade SP2, yang membawa jentera Jepun ke maksimum 15.050 rpm.

Pengeluar lain tidak mendapat had ligatan bagi enjin mereka buat sementara waktu, jadi Kawasaki, Yamaha dan BMW Motorrad tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Ducati.

Organisasi World Superbike juga telah mengesahkan bahawa perubahaan dalam peraturan teknikal boleh berlaku sekali lagi selepas tiga perlumbaan seterusnya untuk mengimbangi persaingan pada litar.

Adakah perubahan dalam had ligatan bermaksud Ducati dan Alvaro Bautista akhirnya akan menghadapi satu cabaran yang lebih sukar?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan