Categories: Berita

MV Agusta terima 15,000 pra-pesanan untuk Lucky Explorer 9.5 dan 5.5

KEDUA-DUA LUCKY EXPLORER 9.5 DAN 5.5 AKAN DILANCAR TIDAK LAMA LAGI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Walaupun masih belum diperkenalkan ke pasaran, MV Agusta telah menerima lebih daripada 15,000 pra-pesanan untuk dua model ADV seterusnya, Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5.

Ketua Pegawai Eksekutif Timur Sardarov mengesahkan perkara itu dalam temu bual dengan media antarabangsa.

“Kami telah menerima lebih daripada 15,000 pra-pesanan setakat ini. Bukan sahaja Lucky Explorer, tetapi terdapat juga peningkatan dalam permintaan untuk model yang lain kami.

“Pada pendapat saya, sebaik sahaja kekangan pandemik diatasi, kita boleh meningkatkan jumlah pengeluaran untuk memenuhi permintaan,” kata Sardarov.

Related Post

Lucky Explorer 9.5 dan Lucky Explorer 5.5 telah dipamerkan buat kali pertama di EICMA tahun lepas. Ia menangkap perhatian ramai sebagai model ADV sulung syarikat dibawah Sardarov.

Projek Lucky Explorer juga mengembalikan kegemilangan jentera Cagiva pada zaman dahulu dengan kedua-dua varian.

Walaupun varian 9.5 dibangunkan sepenuhnya oleh MV Agusta, model 5.5 dibangunkan dengan kerjasama pengeluar motosikal China Qianjiang Motorcycles, yang juga merupakan pemegang syarikat motosikal Itali Benelli.

Lucky Explorer 5.5 akan berkongsi platform yang sama dengan Benelli TRK 502 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Buat masa ini, masih belum ada tarikh rasmi bila kedua-dua model ini akan dilancarkan. Walau bagaimanapun, ia dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah