Categories: Berita

Anda kini dibenarkan menghadiri ujian pramusim MotoGP di Sepang

DENGAN MUSIM BAHARU YANG BAKAL TIBA, PENONTON KINI BOLEH MENGIKUTI UJIAN PRAMUSIM SECARA LANGSUNG DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu kenyataan mengumumkan orang ramai dibenarkan menghadiri ujian pramusim MotoGP yang akan berlangsung dari 5 hingga 6 Februari ini.

Kemasukan adalah percuma, dan penonton boleh menyaksikan persediaan pasukan MotoGP dari dekat di Grandstand Utama.

Related Post

Namun, bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan, hanya individu yang mempunyai vaksinasi lengkap dibenarkan memasuki SIC untuk menyaksikan ujian pramusim.

“Ini adalah acara sukan permotoran antarabangsa pertama di Malaysia sejak pandemik dengan penunggang dan pasukan bergerak di bawah Motorsport Travel Bubble.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk kalendar 2022 dan menandakan usaha bersama untuk memulihkan industri sukan di Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atas sokongan mereka,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah