Categories: Berita

CSS Motorcycles memperkenalkan RX4, motosikal dual-sport baru

CSS Motorcycles telah menampilkan model barunya untuk 2019, RX4, yang direka khas untuk menangani jurang antara permintaan yang terdapat pada pasaran motosikal dual-sport. Pembinaan motosikal ini mengambil masa bertahun-tahun dan merangkumi segala aspek termasuklah pembangunan dan tunggang uji serta reka cipta untuk mencapai hasil kerja sebegini.

“RX4 yang baru ini telah dicipta sebagai motosikal yang serba-boleh dan sempurna untuk tunggangan real-world – termasuk, penunggangan santai, pengembaraan ataupun berulang-alik ke kerja. Kami telah mendengar pendapatan para penunggang dan amat gembiran untuk memperkenalkan model baru ini untuk memenuhi matlamat kami: Mencipta motosikal seronok yang mampu dimiliki,” kata Steve Seidner, Presiden CSC Motorcycle.

RX4 ini mempunyai enjin silinder tunggal yang mempunyai kapasiti sebanyak 450cc. Moto NC450 mampu menjana 40,2 hp dan mencapai top speed lebih daripada 95 m/h (152 km/h). Enjin ini disejukkan dengan cecair dan mempunyai suntikan bahan api Delphi. RX4 ini juga mempunyai transmisi enam-kelajuan.

Related Post

Seidner betambah “Penunggang pengembara Amerika Utara telah memohon pihak pengilang selama satu dekad untuk membangunkan sebuah motosikal yang berkuasa untuk touring serta mempunyai ekonomi yang baik. Para penunggang juga meminta untuk reka bentuk kasar dengan teknologi yang terkini seperti, suntikan bahan api, sistem brek anti-kunci (ABS) dan peralatan elektronik. Kami amat teruja untuk memperkenalkan RX4 2019 yang merangkumi semua aspek ini”.

RX4 ini dilengkapi dengan pakej bagasi standard dengan penutup yang boleh dikunci.

“Para pengembara secara rutin berbelanja beribu-ribu dolar untuk aksesori dan bagasi untuk motosikal mereka. Di CSC, kami mahu menawar sebuah motosikal pengembara yang lengkap pada harga yang tidak boleh ditandingi. Kami percaya kami telah berjaya dengan RX4 ini. Tambahan pula, apabila penunggang ditanya untuk memberi anggaran mereka bagi harga RX4 ini, kebanyakan daripada mereka memberi harga yang dua atau tiga kali ganda lebih harga MSRP iaitu $5,895.00,” kata Seidner.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah