Categories: Konsep & Kustom

Auto Fabrica mengubah BMW R65 kepada jentera monokrom klasik

BMW R65 by Auto Fabrica | Sumber gambar: Hell Kustom

Auto Fabrica dari United Kingdom sentiasa berkembang melalui reka bentuk motosikal kustom mereka. Firma ini, yang dipelopori oleh Bujar dan Gazmend Muharremi, adik-beradik, telah berusaha dalam industri motosikal kustom selama enam tahun. Projek terkini mereka termasuk mengubah jentera BMW R65 1980 kepada raksasa monokrom ‘Type 10B’.

Pelanggan dengan nama Richard telah menugaskan model ini berdasarkan siri BMW-R. Motosikal ini mempunyai nilai sentimental kerana ia telah dimiliki oleh bapa mertuanya, Malcolm, yang telah meninggal dunia sebelum ia pembangunan motosikal ini selesai. Auto Fabrica mengambil peluang untuk membantu projek ini mencapai impiannya.

PROSES

Mereka mengeluarkan stock penyerap hentak kembar R65 dari semua bahagiannya. Ini memberi mereka platform untuk menukar keseluruhan motosikal ini dengan gaya luaran yang lebih agresif. Pasukan ini telah Pasukan ini membina baru keseluruhan akhir belakang dan rangka subframe untuk memberikan BMW R65 persediaan non-shock yang lebih baik.

Related Post

“Binaan Type 10 mendapat inspirasi dari reka bentuk automotif, motosikal-motosikal ini mempunyai reka bentuk yang paling mudah dan elegen bagi kami,” kata Auto Fabrica dari Pipeburn.

Mereka menukar keseluruhan motosikal, dari swingarm ke brek dan lebih lagi. Auto Fabrica mengilang mono-shock kustom dari Hagon supaya ia sesuai dengan spesifikasi mereka. Seterusnya mereka membuat perubahan kosmetik untuk memberikan motosikal ini gaya yang mudah serta menarik. Ahkirnya mereka memberi tangki BMW R65 dengan warna klasik Ferrari Silver.

Untuk tempat duduk, adik-beradik ini telah memilih suede biru mendalam untuk seiras dengan gaya canggih. Lampu belakang dan cowl belakang adalah tandatangan ‘Type 10’. Sentuhan akhir dari cetakan 3D ‘MALC’ memberikan beberapa nilai sentimental memandangkan ia adalah penghargaan kepada bapa mertua Richard.

Memang tidak dapat dinafikan kami agak kagum dengan perubahan motosikal ini. Cerita di sebalik projek ini memberikan motosikal ini nilai istimewa. Auto Fabrica memang merupakan pesaing utama dalam industri motosikal kustom.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan