Categories: Berita

Bajaj bersedia untuk melancarkan tiga varian motosikal baru pada Jun

Syarikat india ini sudah bersedia untuk melancarkan tiga varian baru motosikal pada Jun yang akan datang. Motosikal-motosikal ini akan dilancarkan dibawah jenama CT, Platina dan Pulsar. Tiga model ini akan menyumbang kepada jumlah maksima jualan untuk jenama. Ini berbeza dengan model Discover dan V-series.

Menurut Mr Rajiv Bajaj, CEO Bajaj Motorcycles dalam satu temuduga mengikut Gaadi Waadi, motosikal-motosikal ini akan mendapat beberapa ciri unik dan baru yang akan menarik perhatian serta mencetuskan minat pelbagai pelanggan. Maklumat mengenai kesemua motosikal ini buat masa ini agak sukar didapati tetapi kami jangka lebih maklumat terkini akan diberikan tidak lama lagi.

Related Post

Terdapat khabar angin beberapa bulan yang lepas bahawa Bajaj sedang berusaha terhadap satu model Pulsar 250 baru. Ia akan mempunyai powertrain seperti yang didapati pada KTM Duke 250 tetapi dengan penalaan yang berbeza. Ini akan menjadi tawaran perdana bagi Pulsar RS200. Terdapat juga spekulasi mengenai model Pulsar 250 dengan kapasiti yang lebih rendah yang mungkin menjadi pengganti kepada Pulsar 135LS.

Singgah lagi untuk maklumat lanjut dari iMotorbike!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan