DISKAUN TERSEBUT DIKENAKAN UNTUK HAMPIR SEMUA SAMAN JPJ DAN BERKUAT KUASA SEHINGGA 16 SEPTEMBER.

JPJ tawar diskaun saman 70% mulai 18 Ogos

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju untuk menawar pengurangan bayaran saman sebanyak 70% bagi semua saman yang boleh dikompaun mulai 18 Ogos hingga 16 September 2021.

Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak berkenaan untuk kes-kes yang masih di mahkamah, termasuk yang memiliki waran tangkap atau status perbicaraan. 

Related Post

JPJ dalam satu kenyataan mengatakan bahawa pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Peraturan dan Perintah di bawahnya. Ini juga merangkumi kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“Notis pengurangan saman adalah berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.”

Sementara itu, JPJ turut mengatakan bahawa tawaran itu juga diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaun masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dibuat dalam tempoh diskaun sehingga 16 September.

Pembayaran saman ini boleh dibuat di semua pejabat negeri JPJ, cawangan, dan UTC, kiosk, atau dalam talian melalui portal JPJ mySIKAP.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan