Categories: Berita

Ducati DesertX 2022 tiba di Malaysia pada harga RM112,900

SELEPAS SETAHUN SEJAK DIDEDAHKAN, DUCATI DESERTX 2022 MENUJU KE MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Setahun selepas diperkenalkan menerusi Ducati World Premier (DWP) 2022 yang diadakan pada Disember tahun lalu, motosikal ‘adventure’ serba baharu, Ducati DesertX akhirnya tiba di Malaysia dengan harga jualan RM112,900.

Ducati DesertX akan menyertai pasaran ADV sebagai pesaing Triumph Tiger 900 Rally, Honda CRF1100L Africa Twin dan MV Agusta Lucky Explorer 9.5 yang akan datang.

Menurut Ducati, DesertX mendapat inspirasi daripada jentera Cagiva Elefant yang pernah bersaing dalam Rali Paris-Dakar pada tahun 80-an dan 90-an.

TAMPIL DALAM PILIHAN WARNA PUTIH DENGAN GABUNGAN KEMASAN MERAH UNTUK MENYERUPAI PENAJA LUCKY STRIKE PADA ELEFANT, DESERTX DIDATANGKAN DENGAN CIRI-CIRI LUAR JALAN RAYA.

Sistem suspensi didatangkan melalui fork depan USD 46mm daripada Kayaba (boleh laras) dan monoshock Kayaba (boleh laras).

Motosikal itu dilengkapi dengan Kawalan Wheelie, Kawalan Brek Enjin dan Ducati Quick Shift. Ia juga mempunyai Kawalan Cruise, Lampu Brek Ducati dan Soket kuasa USB.

Related Post

Walaupun tampil dengan ciri adventure, Ducati DesertX ini juga sesuai untuk tunggangan jarak jauh. Ini kerana ia didatangkan dengan tangki 21L. Selain itu, penunggang boleh meningkatkan kapasiti tangki kepada 8L. Penunggang boleh memasang ini pada subframe kanan jentera.

Bagi aspek brek pula, ia menampilkan cakera brek depan 320mm yang telah dipadankan dengan kaliper brek Brembo M50 sambil dibantu oleh Cornering ABS oleh Bosch.

DUCATI DESERTX INI MENAMPILKAN ENJIN 11-DARJAH TESTASTRETTA 937CC YANG MAMPU MENGHASILKAN 110HP DAN 92NM.

Walaupun enjin itu dipinjam daripada model Hypermotard dan SuperSport 950, Ducati telah mengemas kini enjin dengan komponen yang lebih ringan dan berjaya menurunkan berat 1.7kg.

Tempat duduk penunggang dan pembonceng juga lebih selesa dan boleh laras mengikut keselesaan. Menurut Ducati, kerusi pembonceng juga boleh ditanggalkan.

Untuk motosikal baharu ini, bahagian papan pemuka yang menempatkan skrin TFT 5″ juga lebih tinggi. Ini membolehkan penunggang melihat dengan lebih mudah walaupun semasa berdiri.

Ducati DesertX menawarkan enam mod tunggangan termasuk Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally. Penunggang juga boleh menukar Mod Kuasa mengikut keselesaan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah