Categories: Berita

JPJ: Mangsa banjir boleh menggantikan dokumen secara percuma

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN RAYA DI TERENGGANU MENGUMUMKAN MEREKA YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR BOLEH MENGGANTIKAN DAN MEMPERBAHARUI DOKUMEN MEREKA SECARA PERCUMA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyediakan perkhidmatan penggantian dan pembaharuan dokumen secara percuma kepada mangsa banjir di negeri ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, penggantian percuma itu termasuk lesen memandu Malaysia (LMM), lesen kenderaan bermotor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Beliau menyatakan, pembaharuan dan penggantian boleh dibuat bagi dokumen yang rosak, hilang atau musnah akibat banjir luar biasa yang melanda negeri ini.

“JPJ sentiasa membantu mangsa banjir melalui program penggantian dan pembaharuan lesen memandu, lesen kenderaan bermotor dan sijil pemilikan kenderaan secara percuma.

Related Post

“Bagi dokumen yang rosak dan hilang, pemilik perlu mengemukakan dokumen asal yang rosak di mana-mana kaunter JPJ di negeri ini.

“Bagi dokumen hilang atau musnah akibat banjir, pemilik perlu mengemukakan salinan laporan polis atau salinan borang pendaftaran mangsa bencana yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pejabat daerah.

“Kita akan bekerjasama dengan JKM untuk memudahkan urusan mangsa banjir sekiranya tidak mengemukakan salinan dokumen yang diperlukan.

“Tiada tempoh untuk mangsa banjir berbuat demikian, tetapi kami menasihatkan mereka memohon sebaik sahaja keluar dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah