Categories: Berita

Tempahan dibuka untuk skuter Aprilia SR GT 200 2022

APRILIA SR GT 200 2022 BARU KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SETIBANYA KE MALAYSIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Aprilia telah pun lancar skuter ADV sulungnya melalui SR GT 200 di Jepun, beberapa bulan selepas ia diperkenalkan kepada umum di EICMA, pada November tahun lepas.

Walaupun hadir dengan dua varian iaitu 125 dan 200, hanya model yang lebih besar diperkenalkan di Jepun.

Namun, dalam perkembangan terkini, ia disahkan skuter 200cc itu bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian terbaru Aprilia Penang yang telah pun membuka tempahan skuter terbaru dari Itali.

Related Post

Walaupun bertaraf skuter, Aprilia masih mengekalkan reka bentuk DNA yang sama seperti model berkuasa tinggi lain, terutamanya pada lampu depan yang menampilkan ciri LED tiga dengan fungsi DRL (lampu nyala siang).

Tetapi reka bentuk yang menarik memberi tumpuan pada keseluruhan badan yang menampilkan elemen ADV (seperti Honda ADV 150) termasuk cermin depan tinggi dan reka bentuk agresif.

Aprilia SR GT 200 turut dilengkapi dengan ‘handlebar’ yang lebar dan tempat letak kaki yang cukup untuk memastikan tunggangan kekal selesa untuk kegunaan harian.

Skuter maxi 200cc ini didatangkan dengan paparan LCD digital dan sistem mula/henti enjin automatik untuk memastikan penjimatan bahan api yang lebih cekap.

Ciri-ciri lain skuter itu termasuk tangki 9L, fork teleskopik Showa 33mm, penyerap hentak berkembar Showa, cakera brek depan 260mm dan belakang 220mm, rim hadapan 14-inci dan tayar belakang 13-inci.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah