Categories: BeritaSukan Motor

Macau GP: Peter Hickman dapat tempat kedua dengan BMW S 1000 RR

PERLUMBAAN DI MACAU MENDAPAT BENDERA MERAH DUA KALI DAN PETER HICKMAN MENDAPAT TEMPAT KEDUA.

Peter Hickman in Macau GP | Sumber gambar: Visordown

Peter Hickman telah memberi keputusan mengagumkan pada perlumbaan hujung minggu di Macau, China atas BMW S 1000 RR barunya. Macau Grand Prix ke-53 telah diadakan di ‘Guia Circuit’. Acara ini ditandai bendera merah dua kali sebelum ia dipendekkan. Namun, Hickman berjaya mendapat kedudukan kedua dalam keputusan akhir dan kemenangan diambil oleh Michael Rutter dari MGM.

Hickman memenangi Macau Grand Prix ikonik tiga kali pada 2015, 2016 dan 2018. Tahun ini pula dia bermatlamat untuk mendapat satu lagi kemenangan tetapi oleh sebab bendera merah kedua dia tidak dapat membuat demikian. Namun dia berjaya tetap masa terpantas semasa latihan. Dia juga mendapat posisi pole.

Sumber gambar: Youtube

Related Post

Hickman dan Rutter bersaing sejak permulaan sebelum bendera merah pertama yang menyebabkan permulaan semula. Beberapa kemalangan menyebabkan bendera merah kedua.

Rutter bangkit dengan baik pada permulaan dan mendahului Hickman. Hickman tekan semula pada pusingan kedua selepas permulaan semula, memotong Rutter untuk memimpin semula. Tidak lama selepas itu, kemalangan yang membabitkan beberapa penunggang menyebabkan perlumbaan mendapat bendera merah buat kali kedua.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan. Peraturan di sini menyatakan bahawa selepas bendera merah kedua mereka mengisytiharkan keputusan tanpa mengira berapa banyak pusingan telah selesai dan Michael memimpin pusingan pembukaan, jadi dia mendapat kemenangan,” kata Hickman seperti dipetik dari BMW.

“Motosikal itu memang hebat! Ribuan terima kasih kepada Bathams Racings dan sokongan berterusan Smiths Racing bersama dengan para penaja dan peminat.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah