FRANCO CAIMI MEMBERI SATU PRESTASI HEBAT DI LITAR PASIR.

Franco Caimi | Sumber gambar: Yamaha Racing

Hari kelima rali Dakar terbukti menjadi jalan peningkatan bagi ramai pelumba termasuk pasukan Monster Energy Yamaha Rally, Franco Caimi. Dengan pasir akhirnya mengganti jejak berdebu, Caimi mendapat keputusan terbaiknya. Caimi mendapat posisi ke-12 pada peringkat bahaya 353 kilometer. Hanya 15 minit bawah pemenang hari itu. Ciami kini menduduki di tempat ke-13 keseluruhan. Walaupun dua rakan sepasukannya terpaksa bersara dari perlumbaan ini oleh sebab kecederaan, Franco Ciami membuat keputusan untuk mendorong pasukan ke depan.

Jami McCanney pula mendapat tempat ke-19 pada acara ini. Dia adalah rookie kedua terbaik pada peringkat istimewa.

Hentian seterusnya bagi para pelumba adalah tenggara ibu kota Riyadh. Peringkat Enam akan menampilkan peringkat 830 kilometer. Ia terdiri daripada 477 kilometer special yang sepenuhnya di atas pasir.

Related Post

FRANCO CAIMI (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar Yamaha Racing

“Peringkat kelima amat mencabar secara fizikal dengan tunggangan sukar lebih daripada 200 kilometer. Kami menunggang di bukit pasir buat kali pertama. Tahap akhir peringkat istimewa sangat mendalam. Ia baik untuk dapat trek batu tetapi kami boleh lihat beberapa hari seterusnya akan mencabar. Peringkat istimewa hari ini agak cepat jadi saya terpaksa fokus dan tunggang dengan perlahan melalui pasir lembut untuk memastikan saya sampai penamat. Kami masih mempunyai perjalanan panjang tetapi saya masih positif,” kata Franco Caimi seperti dipetik dari Yamaha Racing.

JAMIE MCCANEY (MONSTER ENERGY YAMAHA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar Yamaha Racing

“Peringkat ini amat panjang dan fizikal tetapi ia satu hari yang bagus bagi saya. Saya mula sedikit belakang. Saya rasa saya tunggang baik tetapi tidak dapat tekan seperti yang saya mahu oleh sebab debu. Separuh kedua peringkat ini agak dalam dan terdapat beberapa bukit pasir yang tajam. Mereka tidak ditanda dengan baik jadi selepas itu saya tunggang dengan berdiri atas pasak hingga selesai. Saya tahu esok juga agak sukar tetapi kami semakin dekat dengan hari rehat jadi saya berharap untuk perlumbaan yang baik esok.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan