COOPER WEBB MEMBERI PRESTASI HEBAT PADA PERLUMBAAN HUJUNG MINGGU DI FLORIDA.

Cooper Webb | Sumber gambar KTM Factory Racing

Pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Cooper Webb berjaya selesai perlumbaannya pada tempat kedua pada Round 7 Sabtu AMA Supercross Championship di Tampa, Florida.

Selepas mendapat kemenangan minggu lepas, Webb ingin mengulangi kejayaannya di Tampa. Dia mengekal momentum dan mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan awal hari itu. Webb dapat menunggang KTM 450 SX-F Factory Edition untuk satu hasil yang hebat di Heat 1. Dia dapat empat teratas dan sedikit demi sedikit memperoleh tiga teratas.

Semasa acara utama, Webb mula dalam lima teratas dan berjuang hingga pusingan ketiga. Dia kemudian meneruskan iramanya dan bertekad untuk selesai perlumbaannya pada kedudukan teratas. Webb dapat mengambil kesempatan kesilapan salah satu pelumba depan dan mendapat tempat kedua pada akhir perlumbaan.

Related Post

Brian Moreau dari Troy Lee Designs/Red Bull/KTM Factory Racing sepatutnya membuat penampilan pertamanya atas 250SX tetapi terhempas semasa sesi latihan hari itu. Dia kemudian dikecualikan untuk baki malam itu.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Arlington, Texas, hujung minggu ini 22 Februari.

COOPER WEBB (RED BULL KTM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Ia adalah rumit sepanjang hari dan mudah untuk membuat kesilapan di luar sana. Saya gembira dengan tempat kedua. Memang jelas, saya mahu berada di sana untuk menang malam ini. Saya rasa hebat sepanjang hari tetapi ia adalah malam yang baik secara keseluruhan. Saya tahu saya menunggang baik dan saya hanya perlu perbaiki permulaan saya,” kata Webb seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan