Categories: BeritaSukan Motor

Plessinger dan Vialle Menguasai Podium Ironman National

Red Bull KTM duo Plessinger dan Vialle meraih tempat ketiga Kejuaraan AMA Pro Motocross 2023 di Ironman National.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Plessinger berjaya meduduki tempat ke-6 dalam pusingan kelayakan, namun berjaya membawa jenteranya dengan permulaan yang bagus.

Sekaligus, penduduk asli Ohio ini berjaya mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga secara keseluruhan dengan hasil moto 5-3

Musim ini menyaksikan Plessinger meraih tiga podium dalam beberapa siri pusingan 450MX sekaligus meraih tempat ketiga secara keseluruhan.

Dengan hasil gabungannya dalam Kejuaraan AMA Supercross dan Pro Motocross 2023, Plessinger masuk ke dalam siri SuperMotocross World Championship (SMX) Finals yang pertama sebagai pilihan kedua dalam kategori 450, “Saya sangat gembira untuk mengakhiri kejuaraan musim ini di podium! Kita mengalami beberapa cabaran tahun ini, namun akhirnya berjaya mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan dalam kejuaraan.

Moto pertama saya menjadi bahagian sukar tetapi kami bangkit dengan baik dalam moto kedua untuk tempat ketiga.

Related Post

Sekarang kita ke playoffs SMX, saya sangat gembira dan bersemangat untuk membawa sukan ini ke tempat-tempat baru.”

Dalam 250MX, juara dunia MX2 dua kali, Vialle, menutup musim sulungnya dalam AMA Pro Motocross dengan berjaya.

Beliau memulakan Ironman National dengan mencatatkan masa ketujuh terpantas di atas KTM 250 SX-F.

Permulaan bagus menyaksikan pelumba tersebut berjaya meraih tempat ketiga moto pertama dan keempat dalam moto kedua sekaligus tempat ketiga secara keseluruhan di pusingan akhir.

Dengan pencapaian yang konsisten, pelumba Perancis ini menduduki tempat keenam secara keseluruhan akhir musim.”Saya sebenarnya tidak tahu apa yang patut dijangka tahun ini, dalam musim pertama saya dalam Pro Motocross.

Saya belajar bagaimana mereka berlumba, belajar trek pada setiap pusingan untuk kali pertama, dan kemudian bagaimana untuk menyediakan motosikal di sini juga.

Berlumba Supercross pada musim sejuk dan motocross sepanjang musim panas, jadi saya sangat gembira dapat menaiki podium bagi saingan ironman dan memenangi perlumbaan di Southwick.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz