DORNA SPORTS AKAN BEKERJASAMA BERSAMA BITCI UNTUK TIGA TAHUN SETERUSNYA BERMULA DENGAN PENAJA GELARAN DI AUSTRIA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Dorna Sports baru saja mengumumkan bahawa Bitci.com akan sertai musim ini sebagai Penaja Rasmi Kejuaraan Dunia MotoGP FIM. Perjanjian baru ini menyaksikan penajaan berlangsung selama tiga tahun mulai 2021 hingga 2023. Bitci.com akan menjadi penaja utama untuk Grand Prix Austria 2021 serta membuat kehadirannya di litar yang berlainan di kalendar sepanjang musim.

BITCI ADALAH SYARIKAT TEKNOLOGI BLOCKCHAIN YANG DITUBUHKAN DI BODRUM, TURKEY, PADA TAHUN 2018. IA MEMBOLEHKAN INDUSTRI SUKAN DAN HIBURAN MEREVOLUSIKAN PROGRAM PENGLIBATAN PEMINAT MELALUI TOKEN PEMINAT, MEMBERI PELUANG KEPADA INDIVIDU UNTUK MELABUR DAN MENANG MELALUI PERTUKARAN CRYPTOCURRENCY MEREKA.

Dengan mempunyai teknologi blockchain dan pertukaran cryptocurrency, Bitci meletakkan dirinya sebagai platform pelaburan one-stop untuk pelabur dan peminat yang mahir dalam teknologi.

“Kami sangat gembira untuk melaksanakan perjanjian pertama dengan Kejuaraan Dunia motorsport. Sekarang kami memperkukuhkan kehadiran kami di sini dengan MotoGP. Ini juga akan menjadi projek token peminat pertama yang dikembangkan di bawah payung organisasi di dunia sukan permotoran,” kata Onur Altan Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Bitci Technology.

Related Post

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh organisasi MotoGP atas usaha hebat mereka dalam merealisasikan projek yang begitu penting dan menyokong projek ini dengan visi mereka. Ini juga akan menyumbang kepada pengalaman perlumbaan yang jauh lebih berkesan untuk peminat semasa.”

MANEL ARROYO, KETUA PEGAWAI KOMERSIAL DORNA SPORTS MENGALU-ALUKAN BITCI KE KEJUARAAN DUNIA MOTOGP.

“Kami gembira dapat menyambut Bitci sebagai penaja rasmi MotoGP. Adalah sangat menggembirakan untuk memulakan perkongsian penting dan dalam dunia cryptocurrency baru yang penuh dengan potensi besar. Saya menantikan usaha baru ini bersama-sama dengan Bitci, dan memberi cara baru kepada peminat kami untuk terlibat dengan sukan ini, serta mencipta cara baru yang hebat untuk mengembang komuniti MotoGP.

Gran Prix Austria 2021, yang berlangsung di Red Bull Ring di Styria dari 13 hingga 15 Ogos, secara rasmi akan dinobatkan sebagai Grand Prix Bitci Motorrad von Österreich.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan