Categories: Sukan Motor

Azlan Shah cari bakat muda untuk AS 25 Racing Team

PELUMBA MOTOSIKAL NASIONAL, AZLAN SHAH SEDANG MENCARI BAKAT MUDA UNTUK SERTAI PASUKANNYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Juara Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman kini sedang mencari bakat muda untuk menyertai pasukannya, AS 25 Racing Team.

Azlan memaklumkan perkara itu menerusi posting Instagram terbarunya di sini.

Berdasarkan perkongsian itu, Azlan Shah sedang mencari pelumba berusia 14 hingga 16 tahun untuk perlumbaan CubPrix 2022 dalam kategori WIRA. Menurut Azlan, pelumba yang memenuhi kriteria pencarian dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan boleh menghantar profil kepadanya untuk tujuan pemilihan.

Related Post

Pada masa sama, Azlan memaklumkan bagi mereka yang berminat boleh menghantar profil ke +60133204481.

Selain itu, Azlan akan kembali ke litar untuk pusingan ketiga pertandingan MSF Supermoto di Tangkak pada 13 Februari ini.

Pusingan itu sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung pada 9 Januari tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pembatalan sebarang aktiviti selama dua minggu oleh Istana Johor sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir di negeri itu.

Azlan Shah sebelum ini dijadual bersaing dengan bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin yang memenangi pusingan kedua di litar sama sebelum ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah