SALAH SATU PENGEDAR DUCATI TERBESAR DI AMERIKA MEREKA PANIGALE V4 UNIK SEBAGAI TANDA PENGORMATAN KEPADA NICKY HAYDEN.

Ducati Panigale V4 Nicky Hayden Tribute Bike | Sumber gambar: Web Bike World

Pada America GP terakhir di Austin, Texas, pengedar Ducati Motorcorsa memutuskan untuk mendedahkan hasil terkini mereka. Sebuah Panigale V4 yang telah direka semula sebagai replika kepada motosikal MotoGP yang digunakan oleh Nicky Hayden pada 2012.

Motorcorsa mendedahkan motosikal ini di depan beribu peminat litar Circuit of the Americas. Digelar Ducati Panigale V4 Nicky Hayden Tribute, motosikal unik ini akan dijual di eBay mulai 1 Ogos. Motocorsa ingin lelong motosikal ini dan menyumbang keuntungan tersebut kepada Nicky Hayden Foundation yang diurus oleh keluarga Hayden.

Dan apa perubahan yang telah mereka lakukan kepada Panigale V4?

Motocorsa telah menukar kebanyakan bahagian pada motosikal ini. Skema cat adalah replika kepada Ducati MotoGP 2012 Hayden. Kerja itu dilakukan dengan tangan oleh Eddie Slepicka. Tiada decals, tiada pelekat. Cat sahaja. Dan hasilnya hebat!

Related Post

Selain daripada cat, Ducati Panigale V4 Nicky Hayden Tribute turut mendapat bahagian-bahagian baru.

Yang paling penting sekali ialah suspensi depan baru Öhlins R/T dan penyerap hentak belakang TTX. Roda pada motosikal ini juga baru dan lebih ringan iaitu satu set roda karbon Superleggera dari BST. Untuk memberi V4 ini nota aural yang ia layak, mereka telah memutuskan untuk memasang ekzos slip-on titanium dari Akrapovic. Perubahan lain adalah bahagian belakang dan klac jenis dry STM yang juga didapati pada Panigale V4 R.

Motorcorsa juga telah menggunakan top yoke baru yang lengkap dengan inskripsi laser “01/01” dan logo #69 Hayden.

Dan harga untuk mendapat motosikal hebat ini?

Menurut Motocorsa, Panigale V4 Nicky Hayden Tribute akan dilelong di ebay. Selain dari tawaran biasa, pengedar Ducati akan menambah butang “Beli Sekarang”. Harga ditetapkan pada dolar Amerika 69,000.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan