Categories: Berita

MV Agusta dan e-Novia akan bawa pengalaman mobiliti digital

MV AGUSTA DAN E-NOVIA AKAN BEKERJASAMA UNTUK MEMBANGUN PERKHIDMATAN BAGI PENUNGGANG UNTUK NIKMATI PENGALAMAN MOBILITI LEBIH DIGITAL.

MV Agusta, pereka jentera dua roda yang ditubuhkan pada tahun 1945, dan e-Novia, kilang perusahaan berteknologi dalam (deep-tech) yang khas dalam Kolaboratif Mobiliti (Collaborative Mobility), Mesin Manusia (Humanised Machines) dan Augmented Human, mengumumkan kolaborasi yang bertujuan untuk memberikan penunggang pengalaman digital dan mobiliti peribadi. Nikmati perjalanan yang paling mendebarkan dengan keselamatan sepenuhnya dan menghormati gaya menunggang individu adalah cadangan utama projek ini.

APLIKASI DAN PERKHIDMATAN BERASASKAN TEKNOLOGI

Related Post

MV Agusta dan e-Novia, akan menumpukan usaha mereka terhadap perkhidmatan data-besar (big-data-enabled services) untuk penunggang melalui teknologi e-Novia. Kerjasama itu telah membawa hasil yang signifikan, seperti Aplikasi MV Ride yang diperkenalkan pada bulan Jun 2020. Platform baru ini akan membantu MV Agusta menyokong pelanggan melalui perkhidmatan khusus.

TIMUR SARDAROV, CEO MV AGUSTA MOTOR S.P.A.

“Digitalisasi tinggi dalam agenda strategi pertumbuhan MV Agusta. Perpaduan antara ketukangan tradisional, kejuruteraan canggih dan teknologi mendalam menjadikan tawaran kami unik dan semakin menarik bagi pelanggan menuntut yang tidak menerima apa-apa selain kesempurnaan dalam setiap aspek. Teknologi seperti ini mengubah pengalaman menunggang MV Agusta, menjadikannya lebih menyeronokkan, selamat dan menarik.”

IVO BONIOLO, COO, E-NOVIA

“Dengan kolaborasi ini, interaksi dengan penunggang urban dibawa ke bentuk augmented melalui teknologi mendalam. Industri motosikal dan sektor mobiliti ringan kini akan mempunyai titik rujukan baru dari segi reka bentuk pengalaman digital, rasa komuniti dan keselamatan diri. Kami percaya bahawa masa depan jenama motosikal pasti melalui digitalisasi produk mereka dan integrasi mereka dengan aplikasi mudah alih.”

SUMBER: MV AGUSTA

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah