XAVI VIERGE DAN JAKE DIXON MASING-MASING MENDAPAT KEDUDUKAN KE-9 DAN KE-14 9TH DALAM PEMBUKA MUSIM.

Jake Dixon – PETRONAS Sprinta Racing | Sumber gambar: Petronas Sepang Race Team

Musim Moto2 2020 baru mula dan pelumba-pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Xavi Vierge dan Jake Dixon telah mendapat mata dua kali ganda untuk pasukan mereka. Memecut di bawah lampu Losail International Circuit, Qatar, kedua-dua Vierge dan Dixon melintasi bendera berkotak pada kedudukan 9 dan 14 masing-masing.

Selepas sesi layak yang kuat, Vierge meneruskan momentumnya dalam perlumbaan utama. Menunggang dengan jenteranya, Triumph berkuasa Kalex di hujung grid sepanjang perlumbaan, Vierge bermula dari kesepuluh dan memberi prestasi cemerlang hingga akhir perlumbaan. Pelumba Sepanyol menghadapi masalah dengan tayar depan dan mengubah strategi untuk mengekalkan tayar sepanjang perlumbaan. Dia kemudian tamat perlumbaannya pada kedudukan ke-9.

Rakan sepasukan Dixon, mengalami pelanggaran dalam pusingan pertama. Dia kemudian bangkit untuk menambah baik kedudukannya dalam beberapa pusingan seterusnya. Pelumba British ini mampu mengelakkan tayar daripada haus dan kemudian membina strategi pada peringkat-peringkat akhir. DIxon melintas garisan tamat pada kedudukan ke-14.

Pasukan PETRONAS Sprinta Racing akan mengambil cuti rehat sebentar dan kembali bulan depan. Ini adalah kerana penangguhan Thai GP dan Amerika akan menjadi tuan rumah bagi pusingan kedua musim pada April 3 hingga 5.

Related Post

XAVI VIERGE (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Petronas Sepang Race Team

“Kami datang sini dengan matlamat untuk selesai perlumbaan dan juga untuk dapat podium. Bagi separuh perlumbaan kami berada dalam posisi yang kami ingini dalam kumpulan memimpin dan kami sedang mengekal keadaan tayar untuk pusingan-pusingan akhir. Pada pusingan akhir saya rasa terdapat sesuatu yang tidak betul dengan tayar depan pada bahagian kanan dan saya tidak dapat membuat apa-apa pun. Dari situ, matlamat saya adalah untuk selesai perlumbaan ini dalam posisi terbaik. Ia adalah P9 dan selepas perlumbaan kami dapati terdapat sedikit bakaran pada tayar jadi kita perlu menganalisis apa yang berlaku. Tetapi sejak hari pertama dengan pasukan, saya rasa sangat baik dan kami selesai kerja untuk datang sini sedia. Jadi terima kasih kepada pasukan untuk usaha itu.”

JAKE DIXON (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Petronas Sepang Race Team

“Ia sukar pada mulanya; Saya hampir disingkir oleh pelumba lain pada pusingan pertama dan ia menghempas saya dari trek, saya kehilangan dua saat dari itu. Semasa perlumbaan berlangsung saya menjadi lebih kuat. Dari lapan pusingan jentera mula rasa lebih baik, tangki minyak mula menjadi lebih ringan dan saya semakin cepat, masuk irama saya. Lima pusingan terakhir saya melakukan 1min 59secs setiap pusingan dengan selesa. Saya hanya perlu berfikir tentang cara untuk memperbaiki bahagian pertama perlumbaan dengan tangki minyak penuh.”

“Pada pusingan terakhir saya tidak menyedari Marini hempas sehingga kami tamat. Saya melihat di TV bahawa saya dan dia bertembung. Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepadanya dan pasukannya kerana saya tidak sengaja cuba melanggarnya. Ketika saya komited untuk pergi, saya terpaksa berpindah dan saya tidak mempunyai tempat untuk pergi, jadi maaf kepada mereka Secara keseluruhan, saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan Razali, Johan Stigefelt dan pasukan untuk memberikan saya peluang tahun ini untuk menjadi lebih baik. Mereka mempunyai kepercayaan yang besar terhadap saya dan saya mempunyai kepercayaan yang besar terhadap seluruh pasukan. Saya fikir sebagai satu pasukan kita hanya akan bertambah kuat dan ini hanya permulaan perkara yang baik.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan