BMW G310R 2021 dilancar – Dapat kemas kini baru untuk 2021!

BMW MOTORRAD MENAMPILKAN BMW G310R 2021 BARU. BMW G310R MENDAPAT KEMAS KINI REKA BENTUK DAN ENJIN!

BMW G310R 2021

Diperkenalkan pada tahun 2015, BMW Motorrad mengembangkan naked adventure G310 R dan G310 GS dengan kerjasama TVS Motors India. BMW G 310 R, khususnya, telah menjadi salah satu motosikal popular di kalangan peminat BMW Motorrad baru dalam dunia dua roda. Barisan G310 adalah salah satu daripada 5 motosikal BMW terlaris di dunia. Untuk 2021, BMW Motorrad mengemas kini G 310 R sebagai cara untuk maju ke depan dan menjadikannya sesuai untuk masa depan.

Sebenarnya, BMW G310R dan G310 GS yang diperbaharui dilancarkan di India sebulan sebelum ini dengan standard BS-VI dan spesifikasi tempatan India. Walau bagaimanapun, pelancaran khusus ini secara teknikal untuk pasaran di luar India.

SPESIFIKASI BMW G310R 2021

Untuk reka bentuk, BMW G310 R baru mendapat sedikit kemas kini. BMW Motorrad juga telah mengemas kini skema warna roadster. Untuk tahun 2021, penutup mesin, plat letak kaki dan pemegang hendal belakang kini dicat dengan logam Titanium Grey.

Seperti yang diintip beberapa bulan yang lalu, BMW G 310 R baru mendapat lampu LED penuh dengan DRL berbentuk C dan juga lampu isyarat LED. BMW G 310 R dilengkapi dengan tiga fungsi pencahayaan; cahaya lampu besar (high beam), pancaran rendah dan daytime running. Walau bagaimanapun, fungsi daytime running hanya akan tersedia di negara-negara tertentu.

Related Post

Selain itu, 2021 G310R mempunyai tuas klac dan brek tangan yang boleh disesuaikan. Tuas kini dapat disesuaikan dalam empat tahap, oleh itu memberikan manfaat ergonomik terutama kepada penunggang dengan tangan kecil.

BMW G310R 2021 hadir dalam dua pilihan warna asas: Cosmic Black dan Polar White. BMW Motorrad juga menawarkan pakej gaya “Sport” eksklusif. Pakej ini mendapat grafik merah, kerangka merah dan roda.

Bagi enjin, G310R 2021 masih mempunyai silinder tunggal 313cc dengan sejukkan cecair yang sama. Namun, untuk tahun 2021, enjin G310R baru mendapat beberapa perubahan di kawasan tertentu. Yang paling penting adalah homologasi Euro 5. Selain itu, enjin tersebut kini dilengkapi dengan idle boosting serta grip throttle elektronik yang memberikan tindak balas throttle yang lebih sensitif.

G310R baru juga mendapat klac anti-hopping. Ini mengurangkan tork seret enjin (engine drag troque) sehingga meningkatkan keselamatan ketika downshift dan mengurangkan daya operasi dengan ketara pada tuas klac.

CIRI-CIRI BMW G 310 R 2021:

  • Enjin silinder tunggal menurut homologasi Eu-5 dengan pengawal throttle electromotive dan peningkatan kelajuan automatik (automatic idle speed increase).
  • Klac Self-boosting anti-hopping.
  • Lampu depan LED baru dan lampu isyarat LED.
  • Tuas tangan boleh disesuaikan dalam empat tahap untuk brek dan klac.
  • Penutup enjin untuk alternator, klac, pam coolant, plat letak kaki, hendal pegang belakang yang dicat dalam Titanium Grey Metallic.
  • Reka bentuk semula dengan dua warna asas yang menarik dan pilihan gaya eksklusif “Sport” dengan warna merah sebagai aksen.

SUMBER: BMW MOTORRAD

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah