Categories: Berita

Ini adalah peluang terakhir anda untuk memiliki sebuah Panigale R Final Edition

Kami sedang mendekati penghujung sebuah era. Ducati bercadang untuk meninggalkan enjin ikonik V2 yang ada pada versi superbikenya, memilih untuk membangun sebuah unit V4 baharu yang kami sering lihati pada generasi motosikal Panigale V4 terkini.

Manakala enjin V2 merupakan kejuruteraan yang unggul serta agak diminati oleh ramai Ducatisiti yang ingin memilikinya dan Ducati masih mempunyai satu kumpulan terakhir bagi motosikal eksotik 1299 Panigale R Final Edition.

Jika anda masih ingat, varian Final Edition, seperti namanya, adalah versi terakhir V2 Panigale. Ducati telah mereka bentuk sebanyak 1299 Final Edition unit dan setiap unit bernombor dihantar kepada setiap pelanggan dengan sijil keaslian yang menjadikan motosikal tersebut lebih diingini.

Dikenali sebagai barang pengumpul, kumpulan terakhir bagi 1299 Panigale R Final Edition telah pun meninggal kilang Borgo Panigale di Bologna dan kesemua motosikal itu dalam perjalanan mereka ke beberapa pengedar di seluruh dunia.

Related Post

Enjin Superquadro berasal dari unit sama yang Ducati guna pada ultra-eksotik Superleggera. Enjin ini mematuhi standard pengeluaran Eropah, Euro4, dan V2 ini mampu menjana 209 hp pada 11,000 rpm. Bahagian dalaman enjin ini terdiri daripada penggunaan bahan eksotik seperti tungsten serta aluminium dan omboh yang diggunakan adalah sama seperti motosikal perlumbaan World Superbike Panigale R.

Seperti World Superbike yang dinyatakan sebelum ini, 1299 Panigale R Final Edition mempunyai suspensi mekanikal konvensional oleh Öhlins, Brek angkup dan cakera gred perlumbaan Brembo dan sistem ekzos adalah binaan Akrapovic seperti yang ada pada World Superbike.

Dengan skim cat “tricolore” merah, putih dan hijau, 1299 Panigale R Special Edition ini tentu akan memasuki status kultus antara Ducatisiti di seluruh dunia dan jika anda ingin memiliki salah satu motosikal istimewa ini, singgahlah pengedar Ducati terdekat anda dan miliki satu unit terakhir yang ada.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah