HARI SABTU ADALAH SATU HARI HEBAT BAGI DUO MONSTER ENERGY KERANA VALENTINO ROSSI DAN MAVERICK VINALES MASING-MASING MENDAPAT PERMULAAN HEBAT.

Duo Monster Energy Yamaha MotoGP | Sumber gambar: 9tro

Duo Monster Energy Yamaha MotoGP Maverick Vinales dan Valentino Rossi telah mencapai keputusan yang hebat pada hari kedua di Circuit de Barcelona-Catalunya. Mereka masing-masing telah mencapai kedudukan ketiga dan kelima pada Q2 hari ini untuk Gran Premi Monster Energy de Catalunya.

VALENTINO ROSSI (MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Ini adalah berita baik bagi kami kerana ia lihat seperti Yamaha amat pantas dan kompetitif. Hari ini saya menyambung apa yang saya lakukan semalam dengan kelajuan yang baik. Saya rasa baik atas motosikal. Pada waktu tengahari dengan suhu yang lebih tinggi, ia akan menjadi agak mencabar tetapi saya akan bermula dari baris kedua. Sekarang saya perlu fikir tentang pilihan tayar, depan dan belakang amat penting kerana ramai orang telah cuba beberapa kombinasi berlainan jadi kami perlu berfikir dan fahami apa pilihan terbaik kami,” kata Rossi seperti yang dipetik dari Yamaha Racing.

Related Post

MAVERICK VIÑALES (MONSTER ENERGY YAMAHA MOTOGP TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Kami bertambah baik jadi saya amat bangga dengan itu. Seperti yang saya kata, kami mengambil langkah yang lain. Jadi kami perlu lihat esok jika semua kerja keras kami akan memberi manfaat. Saya sudah sedia untuk mula. Kami telah bekerja dengan cara yang baik, tetapi sukar untuk mendapat satu pusingan baik kerana motosikal agak berbeza daripada apa yang saya menunggang di Mugello. Mari kita lihat jika esok kita dapat bertambah baik, tetapi ia sangat penting untuk menjadi konsisten, berada di depan, dan berlawan dengan pelumba-pelumba depan. Saya akan cuba yang terbaik.

“Saya salah faham bendera itu. Jadi saya tidak sengaja melakukannya atau dengan niat jahat, jadi bagi saya, penalti terlalu melampau, tetapi saya perlu menerimanya. Saya memang tidak gembira, tetapi itu bukan satu alasan. Kami bermula dari keenam, yang tidak buruk sama sekali, ia mungkin lebih teruk. Saya tidak begitu jauh dari barisan pertama, hanya beberapa meter di belakangnya. Jika saya mempunyai pelancaran yang baik pada permulaan, saya fikir kita boleh menjadi baik. Saya masih akan cuba berada di hadapan sudut pertama.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan