Categories: BeritaSukan Motor

Jeffrey Herlings kembali ke MXGP di Sweden hujung minggu ini

JEFFREY HERLINGS AKAN KEMBALI KE MXGP HUJUNG MINGGU INI DI SWEDEN!

Jeffrey Herlings | Sumber gambar: Cycle News

Jeffrey Herling dari Red Bull KTM akan dapat kembali ke litar perlumbaan atas KTM 450 SX-F-nya. Herlings mengalami kecederaan pada pergelangan kakinya buat kali kedua musim ini dan terpaksa mengambil sedikit masa untuk meneruskan pemulihan. Bekas juara dunia akan berlumba dalam pusingan ke-16 Motorcross Championship (MXGP) di Uddevalla, Sweden, hujung minggu ini.

JEFFREY HERLINGS (RED BULL KTM MXGP)- APA YANG DIJANGKA?

“Saya telah menunggang selama beberapa minggu sekarang dan rasa sedia untuk berlumba di Uddevalla. Seperti yang saya katakan, 2019 hanyamengenai Motocross of Nations untuk saya di Assen bulan depan dan dengan mencuba moto di Sweden kita membuat satu lagi langkah ke arah matlamat itu. Tidak ada sasaran untuk hujung minggu ini selain daripada menamatkan perlumbaan dan mencari perasaan yang baik atas motosikal,” kata Jeffrey Herlings seperti dipetik dari KTM.

Related Post

Jeffrey Herlings | Sumber gambar: MXGP

DIRK GRUEBEL (TEAM TECHNICAL CO-ORDINATOR & MX2 TEAM MANAGER)- APA YANG DIJANGKA?

“Ia memang bagus untuk dapat Jeffrey berlumba sekali lagi tetapi kita tidak mempunyai sebarang matlamat bagi minggu ini. Dia masih dalam perjalanan balik dan telah memilih untuk menggunakan Sweden sebagai peluang yang baik untuk membuat beberapa permulaan dan membina kelajuannya. Sebagai satu pasukan, kami bersedia untuk memberikan apa sahaja yang dia perlukan untuk berlumba tetapi kami tahu ini adalah satu lagi langkah ke arah pemulihan penuh dan mungkin peluang untuk pergi ke ujian musim dalam keadaan yang baik.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah