Categories: Berita

Triumph Motorcycles akhirnya mendedahkan Speed Triple S dan RS baru

Anda tidak perlu menunggu lagi kerana Triumph Speed Triple baru akhirnya tiba! Speed Triple asal yang dilancarkan pada 1994 sangat popular dikalangan motosikal street-fighter. Motosikal ini telah dinaik taraf dari segi dimensi dengan tetapan yang lebih maju dan lebih baik dengan Street Triple S dan RS yang baru.

Motosikal-motosikal baru ini datang dengan enjin baru dan walaupun berada dalam jarak kapasiti 1050, dalaman enjin agak berlainan dengan sebanyak 105 bahagian baru. Ia mempunyai had ligatan 1,000 rpm yang lebih tinggi dan mampu menjana 148 bhp. Ruang pembakaran baru menyampaikan tork puncak sebanyak 86ftlb.

Enjin baru juga lebih baik dengan sistem ekzos aliran bebas yang datang dengan catalytic converter besar dan header yang direka semula. Kotak gear dinaik taraf bersama dengan klac jenis slip untuk memberi pengendalian yang lebih lancar.

Related Post

Tambahan pula, ia datang dengan skrin paparan 5” TFT yang menunjukkan mod tunggang dan tetapan throttle. Ia dikawal oleh suis pada hendal. Motosikal itu juga mempunyai kawalan cruise, pengecas USB dan Daytime Running Lights. Model RS memberikan penunggang kunci stereng tanpa kunci (keyless steering lock) dan sistem pencucuhan.

Perbezaan antara S dan RS adalah RS mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi dan pelindung lumpur karbon fiber dan panel badan. Speed Triple S datang dalam warna Jet Black dan Crystal White manakala RS pula datang dalam warna Crystal White dan Matt Jet Black.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan