TERLEPAS PERLUMBAAN #STAYATHOMEGP KEDUA DI RED BULL RING? ANDA BOLEH LIHAT PERLUMBAAN TERSEBUT DI SINI!

Perlumbaan maya kedua MotoGP telah berlangsung dan Franceso Bagnaia dari Pramac Racing berjaya memberi prestasi mengagumkan dengan mendapat kedudukan teratas di Red Bull Ring. Beberapa nama besar dalam MotoGP juga memberi satu lagi prestasi yang hebat. Bagnaia dan Maverick Vinales bersaing antara satu sama lain sepanjang perlumbaan. Pelumba Itali mendapat kemenangan debut MotoGP selepas memotong Vinales pada pusingan terakhir. #StayAtHomeGP kedua dipenuhi dengan keseronokan. Sepuluh pelumba kelas premier memberi satu prestasi menakjubkan kepada semua peminat seluruh dunia dalam masa yang sukar ini.

Kedua-dua Bagnaia dan Vinales mempunyai persaingan sejak permulaan perlumbaan. Ia mula dengan hampir semua pelumba tersangkut dalam kemalangan besar sebelum Turn 1. Takaaki Nakagami dari LCR Honda Idemitsu memimpin selepas kekecohan itu. Namun kedua-dua pelumba itu berjaya mengejar dan memotong pelumba Jepun itu. Mengekori di belakang adalah pelumba Repsol Honda, Marc Marquez.

Sumber gambar: MotoGP

TETAPI, ADIKNYA ALEX MARQUEZ MEMPUNYAI PERBEZAAN JARAK YANG BESAR BAGI JUARA DUNIA MOTOGP DAN INGIN MENDAPAT KEDUDUKAN PODIUM SEPANJANG PERLUMBAAN.

Pelumba Sepanyol muda itu akhirnya berjaya dan berada di tempat ketiga. Marc harus berpuas hati di tempat keempat kali ini, di depan Fabio Quartararo dari  Petronas Yamaha SRT. Quartararo menunjukkan kecepatan podium seperti di Mugello tetapi itu tidak cukup untuk maju lebih jauh.

Related Post

Tempat keenam dipertandingkan oleh pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Valentino Rossi dan pelumba Ducati Team Danilo Petrucci. Kedua-dua pelumba membuat debut perlumbaan maya mereka. Akhirnya, Petrucci muncul di atas walaupun usaha terbaik dari Doctor. Nakagami kembali ke tempat kelapan setelah melalui beberapa rintangan. Michele Pirro dari Ducati Team dan Tito Rabat dari Reale Avintia Racing menduduki tempat sepuluh teratas.

Sumber gambar: MotoGP

FRANCESCO BAGNAIA (PRAMAC RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Saya harus memberi tumpuan kuat! Ketika Maverick memotong saya, dia mengatur kelajuan yang sangat baik, maka ketika dia jatuh dan saya memimpin sekali lagi saya mula melakukan banyak kesilapan. Ia sukar untuk menguruskan cengkaman tetapi saya cuba tetap berada di hadapannya. Pada pusingan terakhir ketika dia menyusul saya, saya memberikan semuanya, juga menyentuh rumput sedikit, tetapi pertempuran itu sangat menyeronokkan!”

Sumber gambar: MotoGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan