PT ASTRA HONDA LANCAR HONDA CBR150R 2021 BARU. UNTUK 2021 CBR150R SPEK INDONESIA DAPAT KEMAS KINI BESAR DARI SEGI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI.

P.T. Astra Honda Motor baru sahaja lancar Honda CBR150R 2021 yang diperbaharui di Indonesia. Berbanding dengan Honda CBR150R 2021 spesifikasi Thailand yang dilancar bulan lalu, CBR150R baru di Indonesia mendapat banyak kemas kini dari segi reka bentuk dan teknologi.

HONDA CBR150R 2021

Bermula dengan reka bentuk, Honda CBR150R 2021 yang diperbaharui di Indonesia mendapat gaya estetik dari saudara suku liter, CBR250RR. Model ini mendapat pemasangan lampu depan berkembar LED, reka bentuk fairing tajam dan bahagian ekor sporty yang sempit. Berbanding dengan model sebelum, Honda CBR150R 2021 kelihatan lebih agresif dan sporty.

Di bahagian dalam, kluster instrumen juga telah dikemas kini. Selain maklumat biasa, kluster baru kini termasuk petunjuk kedudukan gear dan dail penggunaan bahan bakar juga.

Untuk enjin, ia dikuasakan oleh enjin 4-lejang DOHC 149.16cc dengan sejukkan air, dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan, Honda CBR150R 2021 mendorong 16.89hp @ 9,000 rpm dan tork puncak 14,4 Nm @ 7,000 rpm. Dari segi kemas kini powertrain, model 2021 kini mendapat klac jenis assist dan slipper sebagai standard.

Bagi suspensi pula, Honda CBR150R 2021 spesifikasi Indonesia menampilkan fork depan anodised emas Showa separate function big-piston (SFF-BP) dan mono-shock pro-link di belakang.

Related Post

Tugas pengereman dijaga oleh cakera hidraulik tunggal di bahagian depan dan belakang. Mengenai brek, P.T Astra Honda Motor Indonesia menawarkan Honda CBR150R 2021 dengan dan tanpa ABS.

Dari segi dimensi, CBR150R berukuran 1,983 x 700mmx 1,077 mm (LXWXH) dan datang dengan ketinggian tempat duduk 782mm. Bahan bakar terkandung dalam tangki 12 liter dan Non-ABS CBR150R mempunyai berat 2kg lebih ringan pada 137 kg berbanding varian ABS yang beratnya 139 kg.

HARGA DAN PILIHAN HONDA CBR150R

Harga Honda CBR150R bukan ABS bermula pada 35,9 Juta Rupiah Indonesia (MYR 10,288). Sebaliknya, varian ABS datang dengan harga mula 39,9 Juta Rupiah Indonesia (MYR 11,434).

CBR150R Victory Black Red Non ABS Rp. 35,900,000
CBR150R Dominator Red Black Non ABS Rp. 35,900,000
CBR150R Matte Black Non ABS Rp. 35,900,000
CBR150R Honda Racing Red Non ABS Rp. 36,600,000
CBR150R Victory Black Red ABS Rp. 39,900,000
CBR150R Dominator Red Black ABS Rp. 39,900,000
CBR150R Honda Racing Red ABS Rp. 40,600,000
CBR150R MotoGP Edition ABS Rp. 40,800,000

 

Setakat ini pilihan motosikal fairing penuh sub-160cc yang popular di pasaran Malaysia ialah Yamaha YZF-R15. Sekiranya BSH memutuskan untuk membawa Honda CBR150R ke Malaysia, situasi mungkin akan berubah di sini. BSH belum mengumumkan apa-apa jadi kita perlu tunggu dan lihat apa yang sedang dirancang oleh BSH.

Sumber: Honda Thailand  

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan