TIGA MOTOSIKAL J-PLATFORM SEDANG DIUJI DILIHAT DI CHENNAI.

Jika anda terlepas, Royal Enfield adalah dalam proses peningkatan barisan motosikalnya. Menurut Zig Wheels, beberapa test shot dilihat di Chennai untuk motosikal-motosikal terkini Royal Enfield, termasuk 650cc twins, Meteor dan Roadster akan datang dan 350 klasik.

Kami telah lihat banyak spy shot 350 klasik tetapi kali ini pula terdapat satu gambar dengan motosikal dengan ekzos hitam. Model ini mungkin adalah varian baru motosikal akan datang. 350 klasik baru datang dengan J-platfrom baru Royal Enfield yang terdiri daripada motor baharu dan rangka jenis double-cradle.

Related Post

Meteor 350 juga dilihat dengan J-platform baru. Risalah yang bocor menunjukkan bahawa Meteor baru akan datang dalam tiga varian: Fireball, Stellar dan Supernova.

Sumber: Zig Wheels

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan