HONDA SEDANG MEMBANGUN SEBUAH AFRICA TWIN MID-SIZED DAN DIJANGKA TIBA PADA 2020

Honda Africa Twin 850

Kami masih mempunyai enam bulan lagi sebelum 2020, tetapi terdapat khabar angin mengenai motosikal baru sering muncul. Kali ini dan selepas berita tentang Africa Twin 1100, khabar angin ini merujuk kepada Africa Twin 850 bersaiz sederhana.

Sekali lagi rakan Jepun kami dari majalah Young Machine mendedahkan gambar render dan maklumat Africa Twin 850. Dijangka tiba pada 2020, Honda baru ini akan memastikan Honda masih bersaing untuk kejuaraan motosikal saiz sederhana.

Related Post

Menurut maklumat yang didedahkan oleh sidang media Jepun, Honda akan mengurangkan diameter omboh pada enjin silinder kembar yang kini sedang digunakan pada Africa Twin 1000, kapasiti enjin ini akan diturunkan ke 850 cc. Kuasa pula akan hampir dengan model 1000 cc.

Honda mengakui bahawa Africa Twin 850 lebih mesra kepada pengguna. Jadi motosikal baru ini akan menyimpan komponen casis yang sama, tetapi ketinggian tempat duduk akan direndahkan. Penunggang juga akan mempunyai pilihan untuk membeli motosikal dengan gearbox manual atau transmisi DCT Honda sendiri.

Dengan ketibaan Africa Twin 850 dan Africa Twin 110 baru, Honda akan dapat bersaing dalam dua segmen berlainan. Pada size sederhana adventure trail, terhadap pesaing seperti Yamaha Tenere 700, KTM 790 Adventure atau BMW F850 GS. Pada segmen big trail, mereka akan bersaing dengan BMW R1250 GS atau KTM 1290 Super Adventure dan lain-lain lagi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah