PARA PELUMBA AKAN BERSAING DI QATAR GRAND PRIX PADA 8 MAC.

Sumber gambar: HRC

Selepas tiga hari berlumba di Losail International Circuit, Qatar, ujian pra-musim MotoGP 2020 secara rasmi telah berakhir. Pelumba dari semua pasukan akan bersedia untuk perlumbaan seterusnya pada bulan depan dengan maklumat yang mereka kumpul sepanjang hujung minggu.

Juara bertahan Repsol Honda Team berjaya dapat keputusan positif. Tiga hari itu membenarkan Marc Marquez dan Alex Marquez untuk menemui pelbagai pilihan untuk mendapat posisi terbaik bagi pembukaan musim.

Sumber gambar: HRC

Juara dunia lapan kali Marc Marquez menjamin keputusan menakjub semasa program uji dengan maklumat lengkap untuk memperbaiki prestasinya. Pada hari terakhir sesi ini, Marc mendapat masa pusingan baik dengan rekod terbaiknya 1’54.149 , hanya 0.291s dari masa terpantas.

Adik, Alex Marquez adalah pelumba Repsol Honda Team pertama pada trek itu. Rookie terus bekerja tanpa henti untuk meningkatkan masa tercepatnya dari hari sebelum. Alex menamatkan 152 pusingan dan mencatat masa terbaiknya pada 1’55.519.

Related Post

Repsol Honda Team akan terus membuat persediaan akhir bagi MotoGP musim 2020. Pasukan ini akan kembali ke Qatar bagi Grand Prix pertama tahun in pada 6 hingga 8 Mac.

MARC MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: HRC

“Selepas dua hari pertama, saya agak bimbang. Kami bergelut untuk memahami bagaimana untuk memperbaiki di mana kami perlu. Tetapi hari ini kami telah membuat satu kejayaan besar. Sekarang kita memahami apa yang perlu kita lakukan, saya sangat gembira dengan apa yang telah kita lakukan. Saya konsisten dan gembira dengan irama saya. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Honda, para jurutera dan mekanik kerana mereka telah banyak menguji dan hasilnya menunjukkan untuk kami. Kami ada rancangan untuk ikut apabila kami kembali sini,” kata Marquez seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.

ALEX MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: HRC

“Hari ini sekali lagi secara fizikal saya rasa lebih baik, dan 30 pusingan pertama cukup baik. Kami tidak mempunyai peluang untuk melakukan serangan masa yang tepat hari ini. Kami sibuk dengan perkara-perkara lain dan saya masih tidak berada pada tahap fizikal terbaik. Walaupun kami kuat di Sepang, kami tidak begitu dekat seperti yang saya suka. Pasukan kami mempunyai beberapa penyelesaian untuk GP minggu depan. Saya gembira dengan ini. Sekarang saya akan pulang ke rumah untuk sedia dalam cara terbaik untuk perlumbaan MotoGP pertama saya.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan