JIKA OLIVER QUEEN MEMPUNYAI MOTOSIKAL PERIBADI INILAH MOTOSIKALNYA DARI NCT!

Green Arrow oleh NCT | Sumber gambar: Pipeburn

Ia dikatakan bahawa melihat pada tumbuh-tumbuhan adalah baik bagi penglihatan mata kerana warna hijau sangat menenangkan kepada mata kami. Kami tidak pasti jika ini hanya untuk tumbuh-tumbuhan namun jentera hijau cantik ini adalah sesuatu yang pasti akan menarik perhatian anda. Honda CB750 telah memainkan peranan penting dalam arena motosikal kustom moden. Motosikal ini adalah asas unggul bagi garaj-garaj motosikal kustom dan National Custom Tech Motorcycles (NCT) dari Austria tidak asing kepada keajaiban CB750. NCT membawa kepada anda versi ‘Green Arrow’.

NCT mula dengan Honda CB750F 1978 dan mengeluarkan enjin dan bahagian-bahagian motosikal hingga rangkanya. Mereka memasang struktur rangka dengan subframe baru. Mereka kemudian memberi salutan serbuk subframe tersebut dan swingarm dalam matte hitam. Titik perubahan pertama adalah enjin baharu dimana NCT telah lakukan pelbagai perubahan. Ia kini mempunyai persediaan quad-pop yang memapar sistem ekzos four-into-one buatan tangan.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

NCT juga mengemas kini suspensi dengan kegunaan ruang moden. Bagi bahagian belakang, NCT memasang sepasang penyerap hentap YSS boleh dilaras manakala bahagian depan mempunyai fork terbalik Showa. Roda kini datang dengan susunan brek dwi-cakera dengan rotor yang digerudi.

“BAHAGIAN YANG PALING SUKAR TENTANG PROJEK INI ADALAH BAHAGIAN DEPAN. UNTUK DAPAT PERSEDIAAN CAKREA BREK BERFUNGSI DENGAN RODA ASAL MOTOSIKAL SANGAT RUMIT. TETAPI AKHIRNYA KAMI DAPAT LAKUKAN,” KATA DAVID WIDMANN, SEPERTI DIPETIK DARI PIPEBURN.

Bagi kokpit, ciri-ciri baru telah ditambah.. Ini termasuk satu set klip-on LSL baru, CNC’d Rizoma reservoir, tuas Brembo, throttle Tomalley Daytona, dan genggaman Motogadget, cermin bar-end, dan switchgear. Terdapat sistem penhidup enjin tanpa kunci dan penggera.

Related Post

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

Kini, ciri terbaik motosikal: skema cat. Luaran khas motosikal ini amat komplex. Dengan majoriti motosikal ini dalam salutan hitam, metallic forest green menarik perhatian anda ke livery. Ia mempunyai pin-stripe merah dan logo Honda turqoise di bawah tangki. Ia juga mempunyai plak logam bespoke “NCT CB750F” di belakang tempat duduk.

“Ekzos sangat cantik dan pasang hebat dengan bahagian belakang baru dan tangki dengan skema warna baru kelihatan hebat. Kami sangat teruja dengan hasil akhir yang akan kami gambarkan sebagai cafe racer sporty,” tambah David.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan