Categories: Berita

Ride Vision utamakan keselamatan dengan sistem AI baru

RIDE VISION MEMPUNYAI VISI UNTUK MENINGKATKAN KESELAMATAN TANPA MENJEJASKAN PENGALAMAN MENUNGGANG.

Ciri AI-Assist bukan sesuatu yang jarang didengar dalam zaman teknologi ini dan ciri teknologi keselamatan aktif masih memberi impak dalam industri automotif. Walaupun ia merupakan standard untuk mempunyai driver-assist dalam kereta, perkara yang sama belum lagi wujud untuk motosikal. Teknologi keselamatan bagi motosikal masih berkembang untuk melampau batas dan sedikit demi sedikit menjadi kebiasaan dalam pengeluaran motosikal. Ride Vision adalah teknologi Ai untuk melindungi penunggang motosikal.

Ride Vision baru-baru ini mengumumkan pada hari Isnin bahawa “teknologi penghindaran perlanggaran (collision aversion technology)” terbarunya adalah sesuatu baharu. Syarikat Israel menjelaskan bahawa teknologi itu mempunyai banyak seperti yang terdapat pada kereta baru hanya dalam satu pakej kemas.

Ride Vision

Related Post

Teknologi ini memberi amaran kepada penunggang melalui LED yang dipasang di cermin dan dua kamera sudut lebar (wide-angle camera) yang dipasang di bahagian depan dan belakang motosikal. Oleh itu, mereka memberi amaran kepada penunggang jika kenderaan duduk di tempat buta mereka. Ia juga dilengkapi dengan amaran perlanggaran depan, pengukuran jarak selamat dan pemberitahuan mengenai potongan merbahaya.

Idea “collision aversion technology” adalah untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal tanpa menjejaskan pengalaman menunggang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah