Categories: BeritaSukan Motor

5 Wakil Negara Berlepas ke FIM MiniGP World Series Final

Pasukan Malaysia FIM MiniGP kembali ke pentas global pada Perlumbaan Akhir Siri MiniGP Dunia FIM di Valencia, Sepanyol.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Barisan Pelumba negara adalah Farish Hafiy, Emil Idzhar, Adi Putra, Qabil Irfan, dan Airel Marzuki, membentuk barisan yang mantap.

Kejuaraan yang dijadualkan bermula pada 21 November dengan la?han bebas dan bersaing menggunakan jentera Ohvale.

Bersaing dalam kelas 190cc yang diperkenalkan untuk musim 2023, ini adalah kunjungan kedua ke World Finals untuk Farish Hafiy, Emil Idzhar, dan Adi Putra.

Manakala Qabil Irfan, yang berusia 11 tahun menjadi sandaran utama negara untuk saingan kelas 160cc pada tahun ini.

Related Post

Mengulas mengenai penyertaan pelumba negara pada World Series Final, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata”Kelima-lima pelumba sudah bersiap sedia”

Manakala, Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani meluahkan “Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia adalah langkah permulaan yang tepat dan platorm yang terbaik.”

“Namun, ia perlu terus dibangunkan dengan lebih banyak pusingan bagi membolehkan para pelumba remaja negara mendapat pendedahan yang seluas mungkin.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz