LIHATLAH KONSEP TERKINI BAGI BIMOTA TESI H2!

Bimota Tesi H2 | Sumber gambar: Bikes Republic

EICMA 2019 menghampiri hari terakhirnya hari ini pada 11 November. Setakat ini, acara ini telah menunjuk beberapa konsep dan motosikal mengagumkan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat. Salah satu konsep yang paling menarik ialah Bimota Tesi H2.

Bimota Tesi H2 adalah hub-steered supercharge sportbike pertama dari jenama Itali Bimota. Jenama ini baru sahaja memulakan perkongsian baru dengan Kawasaki. Jenama Jepun baru-baru ini memperoleh 49.9 peratus kepentingan dalam Bimota. Oleh itu, semua motosikal Bimota akan mengguna enjin Kawasaki. Bimota Tesi H2 dilengkapi dengan enjin berdasarkan enjin supercharge 998cc Kawasaki Ninja H2. Enjin ini mampu menghasilkan 227 bhp.

Sumber gambar: Auto NDTV

Related Post

Sumber gambar: Auto NDTV

Motosikal ini mempunyai casis double swingarm bespoke Bimota yang menempatkan enjin. Bahagian depan motosikal amat unik kerana ia memisahkan suspensi dan stereng. Ia mempunyai dua penyerap hentak semi-active Ohlins bagi suspensi belakang. Dengan hub-steering, motosikal ini akan mempunyai hujung depan yang lebih sempit tanpa sebarang suspensi.

Ia tidak jelas apakah spesifikasi penuh motosikal tetapi ia dikatakan berada dalam lingkungan 250 hingga 270 bhp. Motosikal ini akan menjadi model edisi terhad dan harganya tidak diketahui. Ia dijangka boleh didapati pada bulan Jun 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan