Categories: BeritaEvent

KTM 390 Adventure membuat penampilan pertamanya di EICMA 2019

THE KTM 390 ADVENTURE AKAN DIDEDAHKAN PADA DISEMBER DI IBW 2019.

KTM 390 Adventure in EICMA 2019 | Sumber gambar: Motorradonline

KTM 390 Adventure akhirnya membuat penampilan pertamanya di EICMA Milan 2019. Selepas jangka masa yang lama, motosikal baru ini memikat mata penonton buat kali pertama di Itali. 390 Adventure adalah versi off-road KTM 390 Duke naked streetfighter. Ia akan membuat debutnya di India pada IBW (India Bike Week) 2019 pada bulan Disember.

390 Adventure mempunyai beberapa ciri seperti Duke 390 kerana kedua-dua jentera ini mempunyai beberapa bahagian yang sama. Ia mempunyai enjin silinder tunggal dengan 373.2cc dan mampu menjana 44bhp pada 9,000rpm dan tork 37Nm pada 7,000rpm. Jurutera-jurutera syarikat tidak membuat sebarang perubahan pada drive ratio. Salah satu perbezaan ialah 390 Adventure mempunyai kawalan traction yang boleh diubah. Tangki minyak mempunyai kapasiti sebanyak 14.5 liter. Berat motosikal adalah 158kg.

Related Post

Selain daripada itu, 390 Adventure mempunyai roda depan 19 inci dan roda belakang 17 inci. Ia masing-masing datang dengan tayar versi 100/90 dan 130/80. Bagi suspensi pula, motosikal ini mempunyai fork depan 43mm USD dengan kebolehubahsuaian pre-load dan rebound. Ini menghasilkan jarak gerak 170mm dan 177mm masing-masing pada bahagian depan dan belakang.

390 Adventure mempunyai jarak roda 1,430mm (73mm lebih panjang dari Duke 390). Ia mempunyai tempat duduk dengan ketinggian 85mm dan jarak tanah 200mm.

KTM 390 Adventure dijangka mempunyai harga RS 3 lakh apabila ia memasuki pasaran India.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah