IMOTORBIKE KEMBALI LAGI DENGAN MOTOSIKAL KUSTOM! KALI INI PULA, KAMI MEMPUNYAI PUSAKA KELUARGA YANG SANGAT MEWAH.

SEJARAH YAMAHA XT500

Hari ini kami akan menunjuk anda Yamaha XT500 1977 kustom yang merupakan satu barang berharga kepada keluarga ini dari Ontario, Canada. Jerrett Bellamy telah terdedah kepada motosikal sejak kecil lagi dan juga mengingati masa yang dia luangkan bersama ayahnya dengan Yamaha XT500 ini.

“Dia telah mereka beberapa foot pegs yang akan diapit pada rangka supaya saya boleh duduk di depan dia,” kata Jerret seperti dipetik dari Pipeburn. “Saya masih ingat menunggang bersama dia sambil memegang hendal dan kami membuat beberapa wheelie kecil.”

Ayah Jerret telah menjual motosikal itu kepada seorang lelaki tempatan dan ia disimpan dalam garajnya selama 20 tahun. Ayahnya kemudian mula kerja dengan lelaki tersebut dan ingin membeli semula motosikal itu dengan matlamat untuk memulihkannya semula. Akhirnya, lelaki itu menjemput Jerrett dan ayahnya untuk memeriksa motosikal tersebut.

“Kami minta untuk membelinya beberapa kali tetapi pemiliknya mahu memulihkannya sendiri. Beberapa tahun kemudian pemilik memberitahu saya dan ayah saya untuk singgah sebentar dan memeriksa motosikal itu. Kami menariknya keluar dari garaj belakangnya di mana ia telah disimpan selama 20 tahun atau lebih. Dia menarik balik pemilikan itu, menandatanganinya, dan memberikan motosikal itu kepada kami secara percuma! ”

PERMULAAN PROJECT X-TRACKER: PENGUBAHAN YAMAHA XT500

Related Post

Itulah cerita bagaimana Yamaha XT500 pulang ke keluarga Bellamy. Ayah dan anak berganding bahu untuk memulihkan semula motosikal ini. Ayah dia membina semula bahagian enjin manakala Jerrett pula membinanya mengikut idea dia. Justeru, idea ini digelar “Projek X-Tracker”. Nama ini mendapat inspirasi dari sejarah perlumbaan Flat Track, Supermoto, Off-road dan BMX.

Matlamatnya adalah untuk mencampur prestasi moden dengan gaya asal vintaj untuk memelihara sejarah motosikal ini.” dia kata. “Kerja pagi saya adalah sebagai jurutera mekanikal. Brek belakang & konfigurasi memandu adalah satu cabaran kejuruteraan untuk memuatkan kedua-dua dengan saiz yang sama pada roda. Ia mungkin bukan satu cara yang praktikal tetapi ia sangat menyeronok untuk membina.

VINTAGE TETAPI MODERN: YAMAHA XT500

Idea adalah untuk mereka semula motosikal untuk mempunyai bahagian-bahagian moden tetapi mengekal gaya vintajnya. Bahagian-bahagian itu telah dikeluarkan dan dipasang dengan yang baru untuk memberikan gaya Flat Track. Motosikal ini mempunyai papan nombor aluminium dengan bar cahaya LED. Ia juga mempunyai tanda isyarat dan pendawaian motogadget dari dirt bike YZF250. Ia dilengkapi dengan silinder utama radial Brembo dengan 6 caliper omboh dari ZX6R dan rotor 310mm dari Triumph Trophy 1200.

“Roda depan cast Yamaha mempunyai hub kustom yang telah dimensinkan untuk brek cakera dan roda belakang mempunyai driver sprocket dan rotor brek pada sisi sama roda. Persediaan roda belakang adalah salah satu cabaran kejuruteraan untuk membina. Saya telah memodelkan semua dalam CAD 3D Solidworks untuk menjadikannya semua berfungsi.”

Projek X-Tracker adalah kejayaan besar selepas tiga tahun kerja keras yang sengit. Ia selamat untuk mengatakan bahawa Yamaha XT500 adalah pusaka keluarga berharga yang akan tinggal di keluarga Bellamy untuk generasi akan datang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan