Categories: Konsep & Kustom

MV Agusta Dragster RC Shinning Gold – Jika ia bersinar itu kerana ia adalah emas

DI VARSE, MEREKA TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMBINA MOTOSIKAL ISTIMEWA. MV AGUSTA DRAGSTER RC SHINING GOLD BARU ADALAH SALAH SATU CONTOH HEBAT YANG MENCERMINKAN BAKAT PEKERJA MV AGUSTA.

Kami ingat kami sudah lihat segalanya dari MV Agusta apabila mereka menunjukkan F3XX supersport mewah. Diselaputi dengan carbon fiber, motosikal tersebut dibina dalam nombor terhad kerana MV Agusta kata hanya terdapat 10 di seluruh dunia.

Namun, mereka telah mengejutkan kami buat sekali lagi! Mv Agusta Dragster RC Shinning Gold baru adalah karya seni dalam carbon fiber, ergal dan emas. Ya betu, ia diselaputi dengan emas!

Terdapat hanya satu unit Dragster RC Shinning Gold yang anda lihat di sini. Tidak harga diumumkan tetapi kami tahu ini memang satu motosikal yang sangat mahal. MV Agusta telah menggunakan banyak bahagian carbon fiber seperti biasa. Bahan lain seperti Ergel akan mengukuhkan komponen-komponen penting.

Related Post

Tetapi komponen-komponen emas yang akan menonjolkan Shining Gold Italian ini di jalan raya.

Rangka tubular, subframe, roda, pelindung lumpur, tuil dan ekzos mempunyai sentuhan emas. Digabungkan dengan cat hitam, ciri-ciri emas memberi kontras lebih baik dan menambah kepada gaya premium keseluruhan motosikal ini.

Bersama dengan motosikal ini, MV Agusta juga akan menyampaikan topi keledar X-lite X-803 Ultra Carbon yang seiras dengan skema cat. Projek SC juga menyumbang kepada Shinning Gold dengan ekzos perlumbaan dalam titanium.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan