Categories: Berita

Pendedahan Buell SuperTouring 1190 dan DR Baja mencetus kekecewaan

PENGELUAR MOTOSIKAL AMERIKA BUELL TELAH MENDEDAHKAN MOTOSIKAL SERBA BAHARU PERTAMANYA DENGAN PELANCARAN BUELL SUPERTOURING 1190 DAN DR BAJA DIRTBIKE DI DAYTONA BIKE WEEK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Baru-baru ini Buell Motorcycles telah memperkenalkan dua jentera baharu untuk pasaran global iaitu SuperTouring 1190 dan DR Baja.

Walaupun gambar teaser yang disiarkan setahun lalu membuatkan ramai rasa teruja, model sebenar yang dipamerkan secara rasmi di Daytona Bike Week 2022 baru-baru ini ternyata mengecewakan. Ramai telah meluahkan kekecewaan mereka di Instagram.

Buell Motorcycles mendakwa motosikal ini sebagai motosikal touring yang paling berkuasa. SuperTouring 1190 ini dikuasakan oleh enjin V-Twin 1190cc sama yang diambil dari model jentera sukan, The Hammerhead. Enjin tersebut mampu menghasilkan 185hp dan 137Nm.

Walaupun angka yang dihasilkan mengagumkan, cerita yang sama tidak boleh diceritakan mengenai reka bentuk jentera tersebut.

Related Post

Ini kerana rupa keseluruhan model tersebut agak pelik dan luar biasa. Ruang hadapan menempatkan lampu LED bulat berkembar yang diilhamkan oleh model Buell XB12 dan ditempatkan dalam panel serba hitam yang besar.

Manakala di bahagian terdapat cermin depan menegak dengan profil sisi yang menampilkan reka bentuk konsep ‘fuel-in-frame’.

Sejujurnya, SuperTouring 1190 kelihatan seperti gabungan kepingan daripada pelbagai motosikal Buell yang lain.

Selain penampilan yang pelik, Buell SuperTouring 1190 juga didatangkan dengan tanda harga yang luar biasa, USD21,995 (RM92,049.08).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah