Categories: Berita

White Motorcycle Concepts’ WMC250EV ingin pecah rekod kelajuan tanah

PROTOTAIP UK WMC250EV MAMPU MENCECAH KELAJUAN 250MPH!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Motosikal elektrik kini datang sebagai alternatif kepada motosikal pembakaran dalam dengan model quick charge yang mempunyai jarak gerak 200 batu. Manakala, syarikat British, White Motorcycle Concepts ingin mereka motosikal elektrik yang laju. Syarikat ini telah membangun prototaip yang didakwa memecah rekod kelajuan tanah. Pemegang rekod semasa dan bekas juara dunia Max Biaggi menunggang Voxan Wattman ke kelajuan maksimum 254 mph sepanjang dua larian dalam arah bertentangan sepanjang satu batu yang rata-rata mencapai 228 mph.

WMC250EV menampilkan lubang dari depan ke belakang. Sistem salurnya “V-Air” menjadikannya motosikal “paling efisien dari segi aerodinamik di dunia” seperti yang dituntut oleh syarikat. Ia mengurangkan drag hingga 70% yang telah diuji di Horiba MIRA UK.

Sumber: Cycleworld

Menurut Top Gear, roda belakang dikuasakan oleh motor elektrik 30kW. Roda depan pula dikuasakan oleh motor elektrik 20kW. Secara keseluruhan mereka menjana 100kW atau 134 hp. Drivetrain elektrik dan pek batteri kedua-dua berada di bahagian bawah.

Related Post

Konsep WMC250EV disesuaikan untuk veteran sukan permotoran, Rob White. Sukan legenda ini telah tampil di pasukan Formula Satu, Le Mans Prototype, supercar V8 dan World Endurance Championship. White telah mendapat bayangya diimbas laser untuk kerja badan motosikal. Walaupun begitu, syarikat ini mempunyai rancangan untuk menghasilkannya untuk orang ramai.

Teknologi itu kini akan diuji pada rekod motosikal semi-streamlined elektrik elektrik Britain pada akhir tahun ini diikuti oleh rekod dunia pada tahun 2022. Apa pendapat anda mengenai WMC250EV?

Sumber: Engadget

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan