Hakim Danish Terus Menuntut ilmu Di Sepanyol

Hakim Danish akan berlumba dalam kejohanan Superbike Sepanyol kategori Pre-Moto3.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Hakim Danish terus diberi misi menuntut ilmu bersama pelumba Eropah apabila diumumkan bakal bersama Pasukan Frando Racing VHC di Jerez.

Zulfahmi berkongsi “Perlumbaan minggu ini di Litar Jerez adalah inisiatif yang saya ambil dengan tujuan memberikan Hakim lebih banyak pengalaman.

Walaupun Hakim sudah banyak pengalaman berlumba di Eropah, saya tetap percaya bahawa saya perlu mengambil setiap peluang yang ada.

Related Post

Minggu ini, saya meletakkan Hakim Danish dalam kategori Pre-Moto3, dan saya harap kita dapat pelajari dan mengambil perkara positif daripada perlumbaan ini”

Manakala masa depan pelumba negara, Syarifuddin Azman ataupun lebih mesra disapa Damok dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kategori Moto3 masih samar.

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin bakal mengadakan perjumpaan bersama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) secepat mungkin.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz