MAKLUMAT SPEKSIFIKASI DAN PELANCARAN HARLEY-DAVIDSON 338R BENELLI/ QIANJIANG DATANG DARI CHINA.

Awal minggu lepas, kami lapor tentang gambar-gambar bocor Harley-Davidson 338 R dari China. Manakala, laporan terkini dari China memberi kami lebih banyak pandangan mengenai projek bersama Harley dan Benelli. Kami telah janji untuk memberi lebih maklumat mengenai projek 338R dan inilah dia.

SPESIFIKASI

Seperti yang kami katakan kepada anda sebelum ini, Harley 338R nampaknya berdasarkan Benelli 302 S tetapi dengan badan khusus HD yang jelas dan enjin yang lebih baik.

338R mengikuti reka bentuk klasik Harley. Berdasarkan kebocoran baru-baru ini, 338 R kelihatan sangat mirip dengan Harley Tough Guy. Sudah tentu, sebilangan daripada anda mungkin tidak menyukai idea motosikal ini tetapi rancangan Harley dengan 338R adalah untuk mempengaruhi pasaran Asia dengan harga yang agak berpatutan.

Seterusnya tentang rangka, Harley-Davidson 338R nampaknya berkongsi rangka, swingarm belakang, suspensi dan brek Benelli 302S. Sekiranya demikian, kita boleh anggar berat motosikal sama dengan Benelli 302S.

Related Post

Bagi enjin, menurut laporan dari China, enjin 338R berdasarkan pada dua silinder 300cc Benelli 302s. Walaubagaimanapun, crankshaft dan silinder telah dibawa dari Benelli 502 dua silinder yang lebih besar. Laporan mendakwa bahawa ini adalah bagaimana Harley dan Benelli berjaya meningkatkan kapasiti enjin dari 300cc hingga 338cc dengan bore 69mm dan stroke 45.2mm.

Meningkatkan sesaran sebanyak 13%; enjin 338cc akan menjana sekitar 43hp berbanding 38hp 302S. Namun, kami tidak dapat memberi jaminan banyak mengenai angka ini kerana ini hanyalah spekulasi berdasarkan khabar angin buat masa ini.

KETIBAAN DAN PELANCARAN

Mengenai ketibaan dan pelancaran; seperti yang dilaporkan oleh beberapa saluran media dari China, Harley-Davidson 338R sepatutnya dilancarkan pada bulan Julai semasa Beijing Moto Expo, namun, kerana pandemik COVID-19 ini tidak berlaku. Adakah anda tahu, peniaga Harley-Davidson domestik sudah mula mempromosikan Harley-Davidson 338R? Ini jelas memberi kita idea tentang permintaan yang akan dihasilkan oleh motosikal ini. Melihat keadaan sekarang, kita dapat mengharapkan Harley-Davidson melancar baby street-fighter ini pada Oktober 2020.

Apakah pendapat anda mengenai Harley-Davidson 338R?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan