Categories: Berita

Yamaha E01 sedia dilancar selepas diuji di Jepun

YAMAHA E01 DAN E02 ADALAH SKUTER ELEKTRIK TERKINI JENAMA BAGI TAHUN INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha baru-baru ini mengesahkan bahawa ia akan melancar skuter elektrik E01 dan E02 tahun ini. Mengukuhkan pendedahan itu, Yamaha sudah pun mengadakan sesi ujian E01 bersama media di Jepun.

Sesi ujian bersama media adalah inisiatif Yamaha untuk mendapatkan maklum balas daripada media mengenai skuter elektrik itu.

Related Post

Walaupun jentera yang diuji itu diliput sepenuhnya dengan pelekat ‘camouflage’ tetapi berdasarkan gambar yang dimuat naik, beberapa ciri skuter E01 telah didedahkan.

Motosikal ini menampilkan lampu depan LED yang mendapat inspirasi daripada model YZF-R1 dan Tracer 9 GT.

Sementara itu, ruang panel depan menempatkan skrin paparan digital LCD yang dijangka dimuatkan dengan fungsi Y-Connect.

Tambahan pula, Yamaha E01 turut didatangkan dengan brek cakera depan dan belakang, penyerap hentak kembar belakang, tayar 13 inci, ABS, mod tunggangan dan sistem tanpa kunci.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah