Categories: Berita

Didi Resources adalah pengedar rasmi Piaggio dan Vespa

DIDI RESOURCES AKAN MENGGANTI NAZA PREMIRA SEBAGAI PENGEDAR RASMI MULAI 2020

Sumber gambar: Selera ID

Piaggio Group secara rasmi telah mengumumkan bahawa ia akan melantik Didi Resources Sdn Bhd di Malaysia sebagai pengedar rasmi Piaggio & Vespa, jenama skuter premium Piaggio. Didi Resources Sdn Bhd akan mengambil alih dari pengurusan pengedar sebelum ini, Naza Premira Sdn Bhd. Piaggio Group mengucap ribuan terima kasih kepada Naza Premira Sdn Bhd dalam usaha pembinaan jenama dan sokongan berterusan sejak tahun 2010.

Sempena itu, Naza Premira Sdn Bhd telah memberikan satu kenyataan mengenai perkara itu. Ia menyatakan bahawa ia akan menghentikan operasi untuk jenama Vespa yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

“Sejak Julai, Naza Group dan Piaggio Group berbincang bersama mengenai hentian operasi. Kami mengucap terima kasih kepada Piaggio Group untuk perkongsian kami selama sembilan tahun dan mengucapkan yang terbaik dengan perkongsian baru mereka,” kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman & Group CEO Naza Corportation Holdings Sdn Bhd.

“Kami akan terus tumpuan terhadap pengukuhan perniagaan teras kami termasuk operasi pembuatan dan pengedaran automotif. Dengan perkembangan perniagaan dinamik yang berterusan, kami memberi tumpuan utama pada jenama teras berprestasi tinggi yang kami ada. Lebih penting lagi, kita perlu kekal berdaya saing. kita perlu kekal relevan dalam pasaran yang sentiasa berubah kerana trend pengguna yang berubah-ubah.”

Related Post

Pelantikan baru ini akan memberi lebih peluang bagi Piaggio Group. Pelan untuk pembinaan Motoplex sedang dijalankan dan akan dilancarkan awal 2020. Motoplex adalah satu model runcit yang paling inovatif dalam industri.

Setiap kedai Motoplex akan memberi tawaran penuh jenama Piaggio, Vespa, Aprillia dan Moto Guzzi di satu lokasi.

“Pelantikan Didi Resources adalah sebahagian daripada strategi perniagaan Piaggio untuk menyusun jenama Piaggio, Vespa, Aprillia dan Moto Guzzi bawah satu entiti. Ini akan memaksimumkan kecekapan semua aspek perniagaan dan mengukuh komitmen terhadap pelanggan di Malaysia. Dengan jenama Piaggio Group dibawah satu kumpulan konsep Motoplex, kami boleh menawar lebih barisan motosikal bagi pelanggan masa depan yang ingin pengalaman Itali dua roda dengan gaya, teknologi, prestasi unggul dan warisan yang kaya. Kami menanti-nanti perkongsian kami dengan Didi Resources untuk menerajui jenama ke tahap yang lebih tinggi,” kata Encik Gianluca Fiume, Pengerusi dan Ketua Pengarah Piaggio Vietnam yang juga Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler.

Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn.Bhd juga menambah “Selain daripada mengurus Aprilia dan Moto Guzzi, kami amat berbesar hati untuk mendapat peluang ini untuk mengurus Piaggio dan Vespa. Ini adalah jenama skuter premium yang telah mengubah konsep pergerakan dan kebebasan individu. Dengan pengambilalihan ini, kami kini dapat mengurus Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi dibawah konsep Motoplex ikon Piaggio Group berprestij untuk pasaran Malaysia. Didi Resources komited untuk mengukuhkan kedudukan jenama dengan meningkatkan usaha pemasaran dan perhubungan. Ini adalah dengan menawarkan sokongan aftersales dan menyokong komuniti. Ini juga memastikan penglibatan dengan jenama berterusan dalam industri dua roda kompetitif di Malaysia.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah