Categories: Berita

BST Hypertek – Kegilaan elektrik dengan tanda harga yang tinggi

PENGILANG RODA KARBON FIBER TERKENAL BST MENDEDAHKAN MOTOSIKAL PERTAMA. BST HYPERTEK ADALAH KEGILAAN ELEKTRIK DENGAN TANDA HARGA TINGGI!

Sumber gambar: BST Hypertek

EICMA Milan Motorcycle Show adalah satu tempat anda patut pergi jika anda ingin lihat motosikal-motosikal hebat. Edisi tahun ini tidak berbeza. Di EICMA kami nampak beberapa projek mustahil dengan dua roda. Dan roda pada Hypertek adalah salah satu perkara yang kita perlu bincang.

Itu kerana Hypertek merupakan rekaan Blackstone Tek atau BST. BST mengilang roda karbon fiber bagi motosikal dan kini mereka memutuskan bahawa sudah tibanya masa untuk membina sebuah motosikal elektrik.

Mereka telah bekerjasama dengan Pierre Terblanche. Dia dikenali sebagai pereka bagi Ducati Supermoto, 749 dan 999 dan beberapa lagi. Terblanche menarik perhatian ramai orang dengan reka bentuk yang futuristik dan industri.

Kami tidak kata Hypertek adalah cantik namun ia mempunyai beberapa elemen rekaan yang menarik.

Sumber gambar: Intelligent Living

Related Post

Pada sebuah motosikal yang istimewa, BST tidak mengguna sebarang komponen konvensional. Sebagai contoh, mereka tidak mengguna papan pemuka. Sebaliknya, mereka menggunakan topi keledar syarikat Jepun, CrossHelmet. Topi keledar X1 mempunyai heads-up display.

Dalam rangka karbon fiber monocoque, terdapat bateri serta motor elektrik. Ia adalah motor DHX Hawk dengan kuasa sebanyak 80 kW dan 120 Nm tork. Bateri mempunyai jarak gerak 300km sebelum ia perlu dicas. Ia hanya mengambil 30 minit untuk mengecas BST Hypertek.

Kebanyakan komponen Hypertek yang BST guna adalah karbon fiber. Roda dan tiub luar fork depan dibuat daripada karbon fiber. Fork pula dari komponen tunggal dan mempunyai triple clamp.

BST kata mereka akan mula proses pengeluaran dalam 18 bulan lagi. Mereka tidak akan membina banyak supaya ia mempunyai potensi untuk sangat dikehendaki bagi para pengumpul.

BST belum mengumumkan harga tetapi khabar angin kata Hypertek akan mempunyai tanda harga RM331,684.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan