TERDAPAT BEBERAPA MAKLUMAT BOCOR MENGENAI SUZUKI HAYABUSA GEN BARU. HAYABUSA BARU DIJANGKA PATUH EURO 5 DAN MEMPUNYAI KOTAK GEAR SEMI-AUTOMATIK.

Hayabusa kini hanya dijual di Amerika Syarikat dan semua pasaran lain kecuali Eropah. Sebab di sebalik ini adalah peraturan emisi yang kuat dalam EU.

Terdapat beberapa paten bocor dalam beberapa bulan ini. Khabar angin dan maklumat bocor memberi idea tentang ciri-ciri terkini yang boleh kami jangka dari gen baru Hayabusa. Tujuan artikel ini adalah untuk memberi anda maklumat bocor terkini.

TRENKUASA

Menurut sumber-sumber MCN, sesaran bagi Suzuki Hayabusa baru adalah 1400cc. Ini adalah 100cc lebih berbanding dengan 1300cc kini.

Seperti yang dilihat pada paten bocor, motosikal ini memapar kanister karbon untuk menapis asap ekzos dengan lebih cekap. Tambahan pula, ekzos direka bentuk semula dengan collector boxes yang meliputi catalytic converter menjadikan enjin ini lebih mesra alam. Walaupun Suzuki akan meningkat kapasiti enjin sebanyak 100cc, ia jelas mereka ingin membangun motosikal berkuasa dengan emisi mesra alam. Dengan ini, kami jangka motosikal ini mampu mencapai 200hp dan patuh kepada Euro 5.

Related Post

Bagi kotak gear, menurut sumber-sumber, kotak gear semi-automatik mungkin mengganti kotak gear enam-kelajuan tradisional. Berdasarkan tiga paten yang difailkan oleh Suzuki Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat, para jurutera mungkin mengguna actuators untuk mengawal klac dan penukaran gear.

RANGKA DAN SUSPENSI

Seperti yang didapati pada lakaran paten, motosikal ini mempunyai rasuk lebih langsing berbanding dengan model kini. Ia juga kelihatan seperti para jurutera akan mengguna bolt-on subframe.

Pada 2018, Suzuki memfail paten untuk Dynamically Variable Casis. Sistem ini bekerjasama dengan casis jenis twin-spar yang secara automatik menyesuaikan jarak dan ketinggian roda berdasarkan keadaan dan mod tunggang. Ini bermakna motosikal ini mempunyai sistem suspensi boleh laras aktif.

Dengan semua ciri-ciri ini, ia membuat saya tertanya-tanya jika Suzuki cuba membuat kemunculan semula untuk mengalahkan pemegang rekod terkini, Kawasaki Ninja H2. Buat setakat ini, tiada tarikh pelancaran rasmi untuk Hayabusa gen baru. Kami jangka Suzuki akan mendedah motosikal ini pada 2020 dan membawanya ke pasaran lewat 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah