Categories: BeritaSukan Motor

Muzium World Champions 99 Jorge Lorenzo ditutup

Muzium World Champions 99 Jorge Lorenzo | Sumber gambar: Bola Net

Selepas dua tahun muzium Jorge Lorenzo World Champions 99 ditutup. Lorenzo membuka pintu kepada muziumnya pada akhir 2016, di Andorra la Vella, Sepanyol, dan kini Europa Press berkata terdapat satu tanda pada muzium tersebut dengan perkataan “ditutup”.

Pengurusan Jorge Lorenzo masih tidak memberi sebarang maklumat mengenai penutupan muziumnya tetapi ini adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan untuk pelumba Sepanyol itu. Muzium The World Champions 99 adalah sebuah tempat penunggang Repsol Honda ini untuk menunjukkan peminat motorsport semua memorabilia yang dia telah kumpulkan sejak bertahun-tahun, dari Formula 1 hingga MotoGP.

Peralatan yang pernah dimiliki oleh James Hunt, Ayrton Senna, Sebastian Vettel, atau Wayne Rainey, Kevin Schwantz, Casey Stoner dan juga Valentino Rossi, dipamerkan di muzium World Champions 99 di Andorra.

Related Post

Muzium World Champions 99 Jorge Lorenzo | Sumber gambar: Moto America

Muzium ini bukan sahaja khusus untuk memorabilia tetapi ia juga mengandungi satu tempat khas untuk simulator perlumbaan, podium untuk pengunjung mengambil gambar, dan kawasan perniagaan supaya para pengunjung dapat membeli sesuatu untuk mengingati Jorge Lorenzo.

Ditandakan pada TripAdvisor dengan empat daripada lima bintang, muzium World Champions 99 kini tidak dibuka kepada orang awam, dan ia adalah satu tempat peminat motorsport tidak boleh melawati lagi. Mungkin pelumba MotoGP ini memutuskan untuk menukar lokasinya ke tempat lain, kerana kerajaan Andorra mempunyai pandangan mereka terhadap tingkah laku kewangan Jorge Lorenzo.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah