BMW R80 1985 ‘Mutant’ | Sumber gambar: Gessato

Arjan van den Boom, pendatang baru yang agak baru kepada aksi motosikal kustom dengan pasukannya Ironwood Custom Motorcycles di Amsterdam, Netherlands, telah membuat keuntungan secara konsisten sejak pembukaan kedai mereka pada 2012. Apa yang anda lihat sekarang adalah motosikal nombor 12.

Berdasarkan rangka BMW R80 1985, Arjan dan pasukannya mempunyai masa yang baik dengan pembinaan motosikal nombor 12 ini oleh kerana projek ini adalah projek in-house dan tidak dibayar oleh sesiapa pun. “Projek ini adalah untuk mereka cipta sebuah jentera yang unik dan tak pernah dilihat,” Arjan memberitahu Bikeexif. “Kebanyakan projek kita ada komisyen- jadi projek ini agak berlainan. Freehand tetapi masih mampu ditunggang.”

BMW R80 1985 ‘Mutant’ | Sumber gambar: Gessato

Fokus Arjan adalah untuk menggunakan monoshock asal dan swingarm satu sisi. Untuk segala-galanya, idea mereka agak jelas sejak permulaan projek ini iaitu, “penggunaan warna vintaj, mentah pada logam dan agresif – seperti street fighter sepuluh tahun yang lepas,” kata Arjan.

Untuk mendapat posisi lean-forward, fork motosikal ini dipendekkan sebanyak 60 mm dan penyerap hentak kustom Hyperpro yang lebih panjang dipasang. Selain itu, tangki api Zundapp dengan penutup Monza bersama tali tangki kulit yang mempunyai poket kustom untuk alat-alat Leatherman.

Related Post

BMW R80 1985 ‘Mutant’ | Sumber gambar: Gessato

Powerplant asal digunakan dengan rawatan serbuk hitam dan satu set injap ‘kacang’ penutup. Tambahan pula, persediaan ekzos 2-ke-1 kustom dipasang di bawah tempat duduk melalui muffler Akrapovič dari Honda CBR600RR. Kerusi pada motosikal ini terdiri daripada campuran Alcantara dan kulit dan dijahit oleh Miller Kustom Upholstery.

Pada bahagian depan, brek cakera ditukar dengan unit yang lebih besar dan sebuah silider Brembo dipasang. Tayar yang digunakan adalah unit 270 Super Classic dari Shinko. Gaya Bates lampu depan menyembunyikan peralatan dalam LED. Pada bahagian belakang, LED lampu belakang dan petunjuk belakang diintegrasikan ke rangka.

BMW R80 1985 ‘Mutant’ | Sumber gambar: Gessato

BMW R80 1985 ‘Mutant’ | Sumber gambar: Gessato

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan