Categories: Berita

Jangan bergurau dengan Michael Knight!

KNIGHT RIDER TERKENAL KINI KEMBALI! VIDEO LUCU MENUNJUK KAMI TIDAK BOLEH BERGURAU DENGAN MICHAEL KNIGHT DAN KITT.

Michael Knight

Semasa tahun 80-an, pelakon David Hasselhoff dikenali sebagai Michael Knight dalam siri TV terkenal Knight Rider. Michael Knight merupakan satu wira bagi ramai kanak-kanak (dan dewasa!) menangkap orang jahat dengan kereta istimewanya, KITT.

Beberapa tahun sudah lalu selepas Knight Rider tamat. Untuk beberapa tahun, terdapat mereka yang cuba untuk menghidupkan semula siri ini tetapi tidak berjaya untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh David Hasselhoff.

Kini David Hasselhoff kembali ke skrin kami dalam video baru. Direka sebagai pemasaran bagi pengedar atas talian automotif Jerman, video ini menunjuk kepulangan Michael Knight dan KITT. Namun, KITT bukan seperti yang kami ingati.

Michael Knight mengejar dua pencuri. Dia memanggil KITT dan kedua-dua bertukar menjadi adegan mengejar penuh dengan detik-detik yang lucu.

Related Post

Kami dapat lihat beberapa detik-detik ikonik dari Knight Rider. KITT mempunyai mod autopilot, LED merah, dia bercakap, dia juga mempunyai mod “Super Pursuit” dan “Turbo Boost” untuk lompat.

Michael Knight telah berkata dia berharap dapat menghidup semula Knight Rider. Dia masih tidak pasti bagaimana untuk melakukannya. Tetapi video ini adalah cara terbaik untuk membuat kita ketawa.

Hanya sedar bahawa semua adegan mengejar direkod pada kelajuan tinggi!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah