MARC MARQUEZ KINI AKAN MENJALANI PROSES PEMULIHANNYA SEPANJANG MUSIM SEJUK.

Marc Marquez | Sumber gambar: MotoGP

Juara dunia 2019, Marc Marquez terpaksa melalui pembedahan di Hospital Universitari Dexeus-Quiron semalam, 27 November. Pelumba ini mengalami ketidakselesaan pada bahu kanannya selepas kemalangan semasa ujian Jerez hari Isnin. Marquez bercadang untuk mengadakan pembedahan tersebut sebagai satu langkah untuk mengelakkan sebarang masalah rumit.

Marc Marquez menamatkan musim 2019 dengan mencapai musim kelas utama yang paling berjaya sehingga kini dengan memenangi gelaran dunia kelapannya. Operasi ini sama dengan yang dilakukan pada bahu kirinya pada hujung tahun 2018.

Related Post

Sumber gambar: Honda Racing Corporation

Menurut Honda Racing Corporation, operasi ini dijalankan oleh Dr Xavier, Dr Victor dan Dr.Teresa Marlet, semua dari ICATME ( Catalan Institute of Traumotology and Sports Medicine).

Dengan itu, Marquez boleh dilepaskan dalam 48 jam seterusnya. Dia akan mula proses pemulihannya dan persediaan latihan musim sejuk untuk ujian Sepang di Cervera, Sepanyol.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan