INI ADALAH CCM STEALTH BOBBER, STEALTH FOGGY FT DAN STEALTH SPITFIRE SIX BARU!

Sumber gambar: Pipeburn

CCM kini kembali lagi dengan motosikal kustom mereka yang mengagumkan. Model Spitfire pertamanya pada 2016 menarik perhatian ramai orang dengan reka bentuknya yang menakjubkan. Kumpulan pertama habis dijual dalam beberapa hari dan CCM yakin bahawa mereka perlu mengeluarkan satu lagi model berdasarkan Spitfire. Kali ini pengeluar motosikal yang berpangkalan di UK telah melancarkan edisi terbaru dengan Siri Stealth 2020 yang baru.

SIRI CCM SPITFIRE STEALTH BARU

Sumber gambar: Pipeburn

CCM hanya akan menawarkan tiga model Spitfire dengan gaya edisi terhad, iaitu Stealth Bobber, Stealth Foggy FT dan Stealth Spitfire SIX. Ketiga-tiga motosikal dari segi mekanikal adalah sama dan perbezaannya hanya dari segi kosmetik. Ketiga motosikal ini mempunyai enjin empat lejang 600cc dan dibina di sekeliling rangka artisan trellis.

Sumber gambar: Pipeburn

Motosikal-motosikal British hebat ini juga datang dengan warna Midnight Black berkilat pada tangki minyaknya, cowl lampu depan dan pada fender. Mereka juga mempunyai jalur lumba gangsa sebagai butiran supaya padan dengan rangka powder-coated bronze-chrome, fork dan roda.

Related Post

Roda mungkin adalah 19” aloi atau spoke. Mereka juga berwarna hitam dengan hub hitam manakala tempat duduk adalah alcantara hitam dengan jahitan kontras kuning. Ia juga mempunyai kaliper empat omboh Brembo dan front-end Marzocchi.

SAMA TETAPI BERBEZA

Sumber gambar: Pipeburn

Foggy Stealth dilengkapi dengan subframe terpanjang berbanding dengan motosikal lain. Ia mempunyai gaya yang berbeza dengan livery barunya. Stealth SIX dan Stealth Bobber agak seiras tetapi kedua-dua ini mempunyai persediaan ekzos yang berlainan. Posisi menunggang juga agak berbeza kerana SIX mempunyai sudut yang memerlukan para penunggang untuk bersandar lebih ke depan manakala Bobber pula mempunyai konfigurasi untuk bersandar ke belakang.

Sumber gambar: Pipeburn

Hasil tangan CCM terbukti dalam hasil kerjanya. Butiran terperinci dan ketukangan indah yang memberikan motosikal ini keunikannya.

Menurut Pipeburn, siri Stealth bermula dengan tanda harga £10,495 OTR bagi Six Stealth dan Bobber Stealth, dan £11,995 OTR bagi Foggy Stealth.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan